About Me

My photo
YOU DON'T HAVE TO HATE ME . WHENEVER YOU DID , DON'T YOU THINK YOU LOOK MUCH PRETTIER ! IN FACT , YOU LOOK TWO TIMES UGLIER :)

10.17.2011

:: Aku Tidak Dimatamu ::

Pergilah jika kau mahu pergilah tak usah kembali . .Tak akan ku pujuk lagi , tak perlu merayu lagi . . Biarkan saja semua berlaku . . Usah dipanjangkan lagi , makin dalam sedih yang kusimpan . . Kau pinta untuk ku memahami apa yang terlintas di hatimu . . Sedangkan kau tak pernah mencuba luahkan malah kau sengaja menyembunyikan . . Apakah ertinya semua ? Apa yang kau mahu dariku ? Rindu akan terus mengusik hatiku , rindu juga akan mencungkil kemesraan masa lalu . . Biarlah aku simpan kenangan yang manis walau hakikatnya payah untuk aku terima . . Jika benar ataupun sungguh apa yang kau kata , tak akan aku halang apa jua keptusanmu . . Usah ditanya padaku apakah kesudahannya selepas ini . . Biar aku dengan cara sendiri . . Merajuk biar bertempat , memujuk ada batasannya . . Takkan ku rujuk walau terpaksa , takkan ku pujuk andai terpaksa . .Pandai-pandailah engkau bawa haluanmu tanpaku menemanimu . .

10.16.2011

:: Sesi Luahan Hati ::

Okay mungkin dekat sini is the best place to share my feelings right now . Ape aku rasa sekarang ni buat aku sakit hati . Mana PERHATIAN untuk aku ? Wujud lagi ke aku dalam hati kau ?? Perasaan aku bercampur baur . Marah , geram , sedih , kecewa *macam-macam* 
Tapi ape aku boleh buat , aku kena faham semua situasi . Kenapa tuhan letakkan aku kat situasi macam ni . Dugaan yang maha teruk ni . Aku sendiri tak faham . Aku nak luahkan perasaan aku kat siapa ? Dia ?? Dia akan cakap "awak tak faham saya !" Kalau aku jer yang nak faham dia , siapa nak faham aku ?? Eeeeee , tak faham lah ! 
Dulu masa sebelum dapat aku , sanggup buat apa saja . Call aku sehari 10 kali pun tak ada masalah . Sekarang ni alasan MALAS nak topup . Dia tahu aku belum kerja , aku mana ada uit nak topup hari2 . Duit dia kena control , tapi tak boleh ke consider perasaan aku ?? Aku ni gf dia , mana tanggungjawab dia ? Memamg most of her time she spend with that perempuan !  Aku ni ?? Nothing . At least kaw call aku , tanya khabar aku , msg aku tanya aku dah mkn ke belum , aku bersyukur sangat . Ini kaw buat aku macam NOTHING beb !! Ape ni ?? Kaw tak sayang aku ke ?? Kaw memang dah tak perlukan aku ke ?? Sampai macam ni kaw buat aku ?? Aku kalau boleh memang taknak fikir kaw tu nak pergunakan aku sebab kaw cakap kaw sayang aku !! Aku percaya kaw . Aku harap kaw ikhlas . Aku taknak duit kaw , aku taknak apa2 . Cuma jalankan tanggungjawab kaw sebagai bf aku dengan baik dah cukup !! Aku pergi mana2 aku sorang2 . Aku faham kaw bekerja , aku faham kaw nak cari duit . Tapi kaw cari duit untuk orang lain . Kaw sendiri takda life dengan duit hasil kerja kaw . Semua benda kaw bagi dekat dia . Aku ni ?? Kaw berjanji ape pun dengan aku kaw tak pernah tepati . Aku tak cakap yang aku hadap sangat nak kan teddybear dari kaw . Tapi sebab kaw dah berjanji dengan aku dan aku dah berharap . Tapi aku diam bila kaw dapat gaji kaw still tak tunaikan janji kaw . Aku taknak bising2 sebab kaw cakap kaw nak pakai duit , kaw banyak comitment . Tapi kaw sendiri kantoikan kat aku yang kaw pergi shopping , kaw buat tu , buat ini . Aku diam lagy . Just aku terfikir , mana janji kaw ?? Kaw cakap kaw nak duduk dengan aku . Aku sanggup tunggu kaw lama sebab aku nak tunggu kaw betul2 ada duit untuk dapatkan rumah dan tinggal dengan aku . Sedihnya , setiap bulan aku tak nampak apa2 . Aku nak berterus terang pasal apa aku rasa ni pun tak guna sebab benda ni bukan perkara baru . Dah berulang kali dah jadi benda yang sama . Aku dah cukup penat . Sekarang ni aku nak tenangkan fikiran aku . Biarlah dia nak buat apa pun asalkan semua itu dapat puaskan hati dia . Nanti bila dia perlukan aku , tahu lah dia nak cari aku .. Selagi tuhan tu bagi aku kekuatan untuk terus bersabar , aku akan terus bersabar . Kesabaran tu akan dibalas dengan kemanisan hidup di penghujungnya . Aku tetap tunggu . Ape pun aku selalu berdoa supaya dia berubah dan cuba menghargai aku sebaiknya . Aku sedar aku ni tak seberapa . Aku takda apa-apa . Aku ada hati yang ikhlas cintakan dia , yes its true ! Aku cuma nak dia hargai aku selama aku masih bersama dia . Bukan buang aku macam ni . Satu beban ke nak topup RM5 and text aku , tanya khabar aku . Kaw mmg tak pedulikan aku lagi ke ?? Kaw sayang aku lagy ke takk ni ?? Aku rimas fikirkan benda ni . Aku pun tahu kaw TAK hairan langsung pasal benda ni . Bagi kaw benda ni remeh . Yes , benda remeh ini lah yang dah melukai aku . Terima kasih dan tahniah atas segalanya .. 

10.06.2011

SEJAUH MANA ?


SAMPAI BILA ???
PERSOALAN YANG TIADA JAWAPAN PASTI (: 

Dugaan takkan putus2 . Aku mohon hati aku kuad dan tabah je untuk hadapi segalanya . 
Hati masih sayang , dirinya masih dicintai cuma diri aku masih lemah . 
Perlukan sokongan dan nasihat . 
Untuk terus menempuh pelbagai cubaan bersama dia . 
Andai masih tak dihargai , biar lah tuhan saja yang membalas segala kesakitan aku (: 
AMIN ..

9.18.2011

Salah ke kalaw saya macam TOMBOY ?

Kejap2 nak tanya ni , salah ker kalaw sorang GIRLS ni berperangai macam tomboy erk ? Well , if korunk lah penkid2 ni kan , ada gf yang ala2 KASAR gituu . You ols boley accept tak ? Or else you ols tinggalkan ? Yes , certain peoples suka sangat gf yang HOTSTUFF (!) kan kan kan ? Yang rambut ala2 Beyonce , body ala2 Nicole Schezinger (!) OUCHHH weyh ~ Well that's true . Sedap mata memandang kan ? Tapi apa lah salahnya kalaw gf korang SIMPLE kan ? Simple pun kadang2 NICE oke (!) tak serabut mata memandang . Sometimes aku rimas tenguk ada girls yang pakai OVER sangat , padahal nak g makan jer kat bawah rumah , belakang rumah , tepi rumah , seberang jalan . Well , kalaw nak pegi open house tu BOLEH lagi lah kan . Harus lah cantik2 . Bagi aku lah , aku selesa berpakaian SIMPLE . Aku utamakan keselesaan . Type aku JEANS AND T-SHIRT (!) you ols tak suka you ols punya pasal lah kan . Ade I kisah ? Ada time I nmpak sexy , ada time I nmpak cool , ada time I nmpk (mak aih macam penkid (!) , ada time pulak I nmpak manis sangat (: (ini bukanlah rekaan I , ini berdasarkan pandangan mereka okey you ols) Bagi aku , penampilan memey lah penting . Kalaw serabai , selekeh sape pun taknak kan . Nak memang nak , tapi nak MUNTAH je tengukk (!) hahah ~ 
Tak ada orang boleh cuba2 ubah penampilan aku , sebab aku bukan ala-ala VILLAGE oke . Ic I ******-14-**** taww . Ops (!) karang ada yang HANGIN pulak isu2 asal usul ni . HIHI , 
Apa pun , aku simple dan aku sukakannya , siapa nak UBAH aku , meh try . Doesn't mean when becoming simple , we're got NOTHING okay . Cuma merendah diri (: Lebih cool dari MENUNJUK2 YANG KAW TU BRANDED PERSON lol (: Menyampah lagy ada wey ~ 


*Aku suka pakai t-shirt superman dengan jeans* 
well , ada nak label aku sbg tomboy ? Go ahead , dont think I care (!)

S E N Y U M A N K U (:

It's been a month I'm not updating my blog . Well , I've been busy with my lalalala stuff . Hurmm , Alhamdulillah sekarang ni dah mampu tersenyum macam orang lain . Senang cerita macam couple lain . They are happy like they owned this world (!) So do me (: 
The reason why I said I can smile like others can is when she did a decision to MOVE OUT with me . Warhhh serunukk kaw Jah (!) haha ~ That's the most happiest things to know from awak sayang (!) Apa-apa pun , terima kasih banyak sebab tunaikan impian saya . 
Kadang-kadang rasa seronok jugak sebab saya ada kawan2 yang macam MEREKA tu . They ols sporting , friendly , funny . Tapi tetap ada tabiat masing2 yang pelik . Tapi seronok kawan dengan diorang walaupun belum SETAHUN kenal but they are supportive (!)
Saya harap lepas ni dapat hidup sama2 tentu sekali dengan AWAK , dan juga mereka . Live as one family and I'm hoping that we don't have any problem like before . Saya janji saya cuba jaga semua semua ni supaya tak ada yang SPOIL ~ Amin . .
Less but not least , saya harap kita dapat bina hidup baru . Maafkan saya if saya pernah sakitkan hati awak or pernah terabaikan awak . Walau apa pun , saya tetap ada untuk awak (:
I'm happy to get a chances to prove that I can be with u and I can be someone better than ur ex (:

8.15.2011

UNTUK KEKASIH AKU

kini aku mengambil kesempatan dalam kesempitan untuk menulis . mencoret segala yang bermain di fikiran . ada cinta ? ada dia ? TIADA . di saat ini aku merasakan kesunyian teramat . bersedih ? OH TIDAK . tidak sama sekali . aku tak mahu bersedih lagi atas perkara bodoh dan remeh . *SHEERA DAH BANGUN DARI LENA YANG PANJANG* mudah-mudahan . mengenai kehidupan , apa yang terindah dan apa yang menyakitkan ? terindah adalah kenangan . menyakitkan adalah cinta . aku , aku jarang sekali temukan keindahan dalam cinta . percaya jika aku katakan cinta yang mengajar aku menjadi lupa diri . lupa siapa aku yang sebenar . cinta banyak menjerat aku . cinta memang menyakitkan . tapi kenapa cinta juga yang aku cari . pernah juga aku membuang cinta tapi kesudahannya kembali juga bercinta . jika aku tak mencari , ia datang bergolek . jika aku mencari , ianya hilang entah kemana . jadi lebih baik aku berdiam . untuk kesekian kalinya , aku bertemu cinta baru . setelah terbuangnya cinta yang lepas . siapa dia ? tidak perlu diberitahu . hanya aku yang tahu . harapan pada cinta baru , APA ? harapnya dia boleh mengubah segalanya . segala yang aku lalui selama ini yang membuatkan aku nampak bodoh di mata semua orang . aku mahu dia beri sesuatu yang baru untuk aku nikmati bersama dia . aku takutkan kegagalan , aku takut akak kekecewaan . sudah aku katakan pada dia dan dia cuma berdiam . fahamkah dia tentang itu ? apa kemahuanku ? cuma kadang kala aku yang tidak memahami kehendak dia . apa yang dia mahukan dari aku ? aku telah beri segalanya ! jiwa , raga , kasih sayang , cinta , perhatian , pengorbanan ! tidak cukup ? aku tak akan bersedih kiranya dia menghargai . aku bersedih kerana dia buta ! buta untuk melihat segalanya . terkadang aku merasakan diriku umpama simpanan . diguna jika mahu , disimpan jika tidak dperlukan . *SANGAT SAKIT BERPERASAAN MACAM NI* terpulang pada dia , aku cuma manusia . aku cuma mahu difahami , aku cuma mahu diperhatikan . oleh siapa ? tentunya oleh dia , insan yang sentiasa ada di dalam hati . sayang , fahamilah diriku . tak banyak yang aku mahukan . cuma dirimu dan hatimu . ikhlas setulus hati dariku . aku mencintaimu lebih dari yang lain . dengarkan , fahamkan . aku mahukan kau dan bukan yang lain . jika kau tak mampu membahagiakan aku , CUBA ! jika kau tidak mampu memberi segalanya , USAHA ! bukan kemewahan dari kau yang aku mahu , cuma kekayaan perasaan cinta kau terhadap aku , itu lebih bermakna dari semua wang ringgit di poketmu (:

8.12.2011

MILIK SIAPAKAH GADIS INI ?

TAHUN 2009 
TAHUN 2010



TAHUN 2011

NURSHAHEERA BT NAZARUDDIN

 IS THERE ANY CHANGES ??
2009 - milik AHYINAHKAUAHMAD 
2010 - milik DEARY(D)DOLCEZZA
2011 - milik SHAH SHAHREZ
SIAPA YANG PALING BERTUAH ANTARA TIGA ORANG DALAM SETIAP TAHUN TU ?
terima kasih :)

8.10.2011

Entah (◑.◑)


aku sendiri tak faham apa yang aku rasa sekarang . 
kenapa aku rasa nak marah ? kenapa aku rasa nak nangis jer ni oh ? 
mood aku dah twist-twist lah . OMG ! 
oh , mungkin sebab sekarang da pukul 12:20 tapi still did not get any text or call from dia . hurrmm  (╥﹏╥) 
encik otak ~ boleh tak stop pikir kan dia . sekejapp aja . pliss lah encik otak . sakit lah jiwa  aku .
jiwa ni tak tenteram rasa nya . adoh ! erm !
oke , buad kali yang ke-14 aku menguap ni oi ! haram jadah betol . 
kalau dah takda apa-apa aku tidur dulu lah kan . lagi seronok dapat mimpi indah :) 
selamat malam semua <3

Harusnya Kau Pilih Aku (✖╭╮✖)


kekasihmu tak mencintai dirimu sepenuh hati 
dia selalu pergi meninggalkan kau sendiri 
mengapa kau mempertahankan 
cinta pedih menyakitkan 
kau masih saja membutuhkan dia 
membutuhkan dia 
kau harusnya memilih aku 
yang lebih mampu menyayangimu 
berada disampingmu 
kau harusnya memilih aku 
tinggalkan dia 
lupakan dia 
datanglah kepadaku
kau tak pantas disakiti 
kau pantas utk dicintai 
bodohnya dia yang meninggalkanmu 
demi cinta yang tak pasti 


NO TITLE (♥♥,)

aku duduk termenung di dalam bilik . saat tu hati aku gundah sangat sebab aku dah mula rindukan dia . siapa ? dia lah . berkecamuk sangat hati ni . rindukan pelukan dia . kata-kata manis dia . tiba-tiba ingatan aku terpalit pada MR.N . aku kenal dengan MR.N melalui Firr . ingatan aku kembali ke beberapa bulan lepas , kali pertama aku bersua dengan MR.N. 

Firr datang ke rumah aku untuk menghantar laptop aku yang aku suruh dia formatkan . dia datang bersama seorang pengkid . pengkid tu lah MR.N . aku menyambut kedatangan dorang dan mengajak dorang masuk ke rumah . alang-alang dah nak lunch time aku masak terus untuk makan bersama . MR.N ke dapur untuk menolong aku . 
"boleh tolong ? sian u penat-penat je masak . lagipun kitorang takde niat pun nak susahkan u"
"alah , tade hal lah u . bnde kecik je pun . kalau i tak masak i nak makan apa pulak ? malas nak keluar beli makan . lagipun takde kelas hari ni " 
"ohh , oke . ada ape-apa nak i tolong ? potong bawang ke?" 
"hahha , pengkid reti masak ke ? setahu i semua hampeh !" *aku gelak berdekah-dekah*
"amboi mulut ! nampak cili tu ? i cilikan mulut u tahu lah" 
"dah lah pergi main jauh-jauh . dapur tempat orang perempuan . u tu kan JADIAN !" 
Naz mencebikkan bibir dan melangkah ke ruang tamu . kedengaran suara firr tergelak kuat kerana menonton Sinchan . aku cepat-cepat menyediakan makan dan mengajak mereka berdua makan . 

"oke lah bab , aku chow dulu lah oke . apa-apa hal pasal lappy kau tu nanti kau roger aku" kata firr .
"beress boss . weyh , rokok sebatang ! heheh"
"muka aku ni muka kotak rokok ke ha? cibaii betol . beli lahh . takut sangat dengan laki kau tu . bukan dia bunuh kau pun kalau dia tahu kau isap rokok" 
"kalau taknak bagi pun jangan lah hina aku macam tu" *aku sentapp* 
"olohh olohh comel adik abang ! hehe , nah nah 3batang abang bagi" 
aku punya lah seronok . sebab dapat lah aku lepas sangap . berapa hari dah tak berasap. 
Naz hanya diam dan tersenyum melihat aku . 
*hensem jugak dia ni* bisik hati aku . 
naz datang ke arah ku dan menghulurkan tangannya . 
"oke sheera , i balik dulu . ade masa jumpa lagi" 
"okey okey , nanti datanglah rumah . if datang jumpa firr , ajak dia lepak dengan i oke?"
"oke bye"
mereka berdua melangkah ke kereta dan beredar . aku masuk ke dalam rumah . 
"bila lah lagi dapat jumpa Naz ek ? hahahahhaaha" *sheera mula gatal* 
aku fikir balik , mati aku kalau si polan tu tahu . aku berjalan menuju ke belakang rumah dan membakar rokok . fuhhh fuhh asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulut aku . 
*ohhh sedapnyaaa !* 

1 minggu kemudian . .
firr datang ke rumah aku . dia ajak aku lepak pergi minum , aku akur dan mengikut dia . sampai di warung Scorpion , firr berborak dengan aku sambil kami minum petang . 
"weyh , ingat Naz kirim salam kat kau" kata firr 
"oh yeke ? mana dia sekarang ? tak datang sini ke?"
"ermm entah lah dia busy kerja lah bab"
"ohh , apesal tetiba kau on topic pasal dia ni?"
"takde dia ada text aku dia mintak nombor kau . tapi aku tak bagi sebab aku faham masalah kau"  kata firr 
"tahu tak apa bro . hishh taknak aku create masalah bro ! sakit !"
"tu lah , tapi dia tak kisah pun . dia cakap nak kenal-kenal je pun , lagipun aku dah cerita pasal hubungan kau yang macam haram ni kat dia . dia simpati kat kau "
"hahhaha ! perlu ke ? semua nak simpati kat aku . aku rilek je . sebab aku sayang dia firr , aku sanggup buat apa pun . kau tahu aku macam mana kan firr" jelas aku pada firr. 
aku malas nak menyambung perbualan tu dengan firr sebab aku malas nak dengar bebelan firr kemudian . tak ada siapa yang faham aku . kenapa aku sanggup jadi macam ni no one ever understand ! tu sahaja . aku malas , aku letih ! 
"dah lah firr , jum hantar aku balik . aku letih lah . karang polan tu balik . menjawab pulak aku keluar merayap petang-petang ni "
firr akur dan mencapai kunci motornya . dia bawak aku balik ke rumah . 
*kecoh firr ni* 


8.09.2011

NO TITLE (♥♥,)

LIFE AKU lepas bebas dari sangkar singa seronok ! aku dapat kenal ramai orang , aku dapat hidup ikut suka hati aku sebab tak ada sapa lagi nak halang apa aku nak buat . aku mula pergi clubbing  setelah lebih setahun meninggalkan tabiat tu *wahh kellasss gituu* 
setiap minggu mesti berparty . aku masih ingat satu masa tu kawan-kawan rapat aku bagi suggestion kat aku . dorang nak buat celebration party untuk aku . untuk meraikan status aku sebagai 'SINGLE' *all the single ladies put your hands up !* aku ikut kan sahaja kehendak dorang . siapa lagi nak halang aku ? my life never get controlled by anyone after she left . malam tu aku melaram macam nak pergi menyundal . me look very hot and sexy . tak dinafikan sebab kawan-kawan aku terkejut atas penampilan aku yang terlalu vogue kata dorang . kitorang pergi berparty , drinking like crazy . *masa tu tak ingat dah dosa halal haram* 
kawan-kawan aku celebrate aku macam aku ni diva ! they dancing with me , they hug me , they kiss me , they hold me while im drunk and on that moment , i feel totally good ! enjoyed ! 
kedengaran suara seseorang berbisik di telinga aku 
"congratulations , finally u single "
aku memalingkan muka aku pada suara itu *OMG!!!!*
"heyyy u , whats up ? since when u be here ? ohho , nice to meet u mr.N" *nama tak perlu disebut sangat lah dalam ni kan* 
"just arrived , well lets dance to celebrating the most precious moment in ur life" 
aku pun menari dengan MR.N di dancefloor .dia memeluk aku sepanjang tarian . aku terbuai dengan senyumannya . aku merasakan kehangatan sentuhannya di pinggangku . aku membelakangi dia , dia tetap memeluk aku . dia menghembuskan nafasnya di telingaku . aku terdiam . namun aku cepat tersedar . dia sudah berpunya ! 
"err u , lets stand there . i feel totally dizzy '
aku mengajak dia berdiri di tepi DJ CORNER . aku menarik-narik rambutku . aku mula rasa serba tak kena . tertanya-tanya akan betul kah apa yang terjadi tadi atau aku hanya bermimpi . *sheera sebenarnya suka tu tapi dia malu
jam tepat menunjukkan pukul 3.10am . *party's over guys!!* 
semua makhluk dalam club berpusu-pusu keluar . ada yang mabuk dan merepek-repek di tepi-tepi jalan . ada yang bergaduh bertumbuk kerana perempuan . 
MR.N menepuk bahu aku . aku yang agak pening menoleh ke arahnya dan tersenyum . 
"mana handphone u ?" tanya MR.N 
aku menggaru kepala aku tanda kaget dengan soalan itu . aku sendiri lupa mana handphone aku . tiba-tiba Sally datang dan memberikan tas tangan aku . 
"oh here it is . nah . nak buat apa ? nak ambik gambar sama ke ?" *cakap sambil gelak berdekah-dekah* 
"tak lah , i nak rompak u . haha . ni i nak save my phone number la . okay done . tQ "
aku pun bagi senyuman dan terus melangkah berjalan ke arah kawan-kawan aku . 
aku masih belum mahu terus memikirkan tentang MR.N . bagi aku dia bukan siapa-siapa untuk aku fikirkan . dia cuma ku anggap kawan dan tidak mungkin lebih . 
aku memeluk erat kawanku Sally dan kami menuju ke parkir kereta . mahu pulang ke hostel . sepanjang perjalanan pulang , aku asyik memikirkan tentang kejadian di club tadi . agak dahsyat . ada rasa ingin tersenyum , ada rasa ingin menangis dan macam-macam lagi . bercelaru lah senang cerita . lalu aku tertidur dalam kepenatan dan kepuasan hati setelah lama meninggalkan kehidupan segila ini . 

8.08.2011

SURATAN YANG MENYAKITKAN



lagu ni khas untuk awak . . SS


berulang kali aku 
menyatakan hasratku
tapi tak pernah kau buang masa untuk diriku 
namun ku sedar kasih 
dimana ku berdiri 
dibalik cinta yang gelap 
aku terus sendiri 
sungguh aku menyesali kasih 
bercinta denganmu sayang 
sungguh aku sedar 
betapa hebatnya cintamu itu 
yang menyakitkan 
ku sendiri kasih 
di lautan cintaku 
beralun ombak melanda 
namun aku berdiam 
masih aku sayang 
cuba untuk pertahankan 
suratan yang menyakitkan hati ini 
kerana ku mencintaimu <3

K E C A M U K

yes , malam ni malam yang sunyi dan sepi , seorang gadis didalam biliknya sedang duduk bersimpuh di atas katil dan menghadap laptopnya . di skrin "FACEBOOK" tertera nama AIN ZULKIFLI , itu BFF nya . dikepitnya sebatang rokok DUNHILL METHOL di tangan kirinya . berkepul asap disekeliling laptopnya . SUNGGUH STYLO ! rambutnya kelihatan kusut dan tidak terurus , bajunya tiada lengan dan menampakkan ketiak . WOW ! seluarnya pendek dan berwarna putih . SEKSI . 
GADIS itu menanti sesuatu . sesuatu yang amat dirindui . sesuatu yang merupakan seseorang sebenarnya . MASIH menunggu dan TERUS menunggu . namun tiada jawapan . KEMANA ? DIMANA dan MENGAPA ? terlalu banyak tanda tanya dan kata kerja . masih belum mengerti akan sesuatu .
Gadis itu milik seorang pengkid . YA , pengkid . KENAPA TAK PERCAYA ? harus percaya . dia masih dimiliki oleh kaum sejenisnya . tapi dia tidak pernah mempersoalkan MENGAPA dia bersama kekasihnya itu . dia SELESA agaknya . 
Gadis itu seorang yang berhati kental , dia tegas , dia lah SUPERWOMAN . tapi terkadang hatinya SELEMBUT SUTERA ditiup angin . pasti bergetar hati PENGKID melihatnya . pasti terpesona jiwa pengkid dengan keperibadiannya juga terdetik di hati mana-mana pengkid untuk memilikinya . itulah dia GADIS yang ingin terus meraih kasih sayang dari seseorang . 
GADIS itu melakarkan senyuman dihadapan skrin laptopnya apbila WALL POSTnya dibalas . tangannya tiba-tiba laju mendail nombor kesayangannya 012-68012** (tak perlu dihabiskan sebab gigit jari lah nanti dibuatnya kalaw ada yang gatal tangan cuba mendail) 
Gadis itu adalah AKU . Selamat Pagi :)

8.07.2011

SAMBUNGAN NO TITLE

setelah beberapa minggu hidup dibelenggu kesunyian , aku mula mencari erti kehidupan yang sebenar . dalam ahti aku berkecamuk . macam-macam perkara difikirkan . aku seakan-akan mahu berjumpa dengan dia dan mahu selesaikan semua perkara dengan segera . kepala aku rasa macam nak pecah jer . alangkah bagusnye kalau dia dapat rasa apa aku rasa sekarang . 
tiba-tiba aku dengar suara kawan aku panggil aku . aku pun menjenguk kepala aku ke luar tingkap . oh , si polan ni datang nak ajak pergi makan sebenarnya . hihi . aku mana nak keluar dari bilik pergi makan . harapkan member2 je . aku kirim aje lah makan dalam bilik . 
masa aku tengah asyik sangat online , aku terpandang status dia "i miss her , i cant live without her touch . now everydays different without her laugh , without her cry , i feel totally lost " 
aku gigit bibir aku . rasa nak menangis pun ada . aku masih rindukan dia . aku masih perlukan dia . *ohh bodoh kau ni sheera , dia dah buat kau sengsara ! ingat !*
"huihh ini tak bole jadi . aku kena call dia" 
aku capai phone dan aku dial nombor dia . 
"hello u . "
"hermmm ye . "
"whats up with your new post ? your days different without whom ? may i know ? " 
"no one . u dah blah dari life i , so apa u nak lagi ?"
"hey hey slow down . i tak tengking u cukup baik lah k , be nice to me lah ! "
" whats more !? we're over !" 
"yes i know we're over !! u pun ada DIA ! i takkan ganggu hidup u lagy ayin , i takkan muncul lagy dalam hidup u ! thats my promise . u can keep my word !" 
" okay " 
"but bfore that , maafkan saya . . if selama ni saya ada buad salah . saya akui saya bukan yang terbaik . saya bukan yang macam awak nak . maafkan saya . tapi awak lah perempuan yang saya paling sayang . yang saya takkan boleh lupakan dengan senang . tu aja . asalamualaikum " 
"waalaikumsalam" 
setitik demi setitik air mata aku jatuh . *ohh sedihh ! dia EGO !
aku membaringkan diri hingga aku terlelap . tiba-tiba phone aku berbunyi . *one message recieved* 
'ayin ??" aku pelik lah kenapa dia nak mesej aku lagi ?
" sheera , u perkara terindah dalam hidup i , maafkan i sbb bnyk menyakiti u . i banyak pukul u , buad u terluka dengan perangai i . i sedar i silap . smpai u dah pergi dari hidup i , i rasa kehilangan . i rasa terpukul dengan pemergian u . tapi i tahu you takkan kembali pada i . dan i pun tak sanggup tinggalkan DIA . maafkan i . i hormat keputusan u untuk tak ganggu hidup i lagi . as u said , u ada life u dan i ada life i . fullstop . apa-apa pun , thanks sebab sudi jaga i selama ni . 1year 4month sheera . now its over . BECAUSE OF ME ! im regret ! sorry and goodbye "

aku meraung sekuat hati masa tu . aku sakit sangat bila baca mesej tu . kenapa semua berakhir ? aku masih belum ada jawapan pasti ! yang pasti aku harus relakan dia pergi . nak atau tak nak , aku HARUS ! dan aku jugak harus kuat dan teruskan kehidupan . aku cuma ada kawan-kawan . dan aku perlu buat sesuatu supaya aku tak lagi kesunyian ! YA ! 



5.11.2011

falling all over you

i love you <3 

Dia untukku bukan untukmu dia milikku bukan milikmu. . pergilah kamu jangan kau ganggu. .  biarkan aku mendekatinya. . 
kamu tak akan mungkin mendapatkannya kerana dia berikan aku petanda juga. . janganlah kamu banyak bermimpi. .
ku sarankan engkau mundur sahaja. . 
 Dia memang hanya dia
Ku selalu memikirkannya
Tak pernah ada habisnya
Benar dia, benar hanya dia
Ku selalu menginginkannya
Belaian dari tangannya
Mungkin hanya dia
Harta yang paling terindah
Di perjalanan hidupku
Sejak derap denyut nadiku
Mungkin hanya dia
Indahnya sangat berbeda
Ku haus merindukannya
Ku ingin kau tahu isi hatiku
Kaulah yang terakhir dalam hidupku
Tak ada yang lain hanya kamu
Tak pernah ada
Takkan pernah ada

Benar dia, benar hanya dia
Ku selalu menginginkannya
Belaian dari tangannya
Mungkin hanya dia
Indahnya sangat berbeda
Ku haus merindukannya

Kuingin kau selalu di pikiranku
Kau yang selalu larut dalam darahku
Tak ada yang lain
Hanya kamu
Tak pernah ada
Takkan pernah ada
 

4.17.2011

MOOD : PISSED OFF !
JUST STAY AWAY FROM ME !!!  

MY DEAR BABY SITI KHADIJAH

introducing , Baby Siti Khadijah @ Katty . .

comel nyee sayang aunty ni. . ngn ribbon dia .  . pndai mummy min :)   
 Aunty Sheera jealous sgt dengan Mummy Katty tu taw. . 
bila pulak lahh turn I kan Mummy Min . . 
tak sabar . .  
nanti i free i dtg tengok baby Katty k . . 
baby tunggu Aunty datang taw. .
jangan nakal-nakal <3

geram aunty tengok dia ni taww. nak geget ! 

 ni gambar mummy and daddy Katty . .  
sweet together. .  

mummy Min , daddy Zaxx and baby Katty :)  

*awak ( ehem ) saya teringin . *
 

4.16.2011

::: NO TITLE IIV :::

3 bulan kemudian. . .  

hari tu aku duduk termenung dalam bilik. .  aku tunggu dia balik rumah. .  aku bosan , aku rasa diri aku dah hilang akal. . aku mati akal. .  aku perlukan teman , aku perlukan hiburan. .  aku hanya boleh bersabar. . aku asyik pandang dekat jam. .  counting the seconds. .terlalu banyak  cerita yang aku dengar dari mulut kawan aku sejak kebelakangan ini tentang hubungan dia dengan perempuan yang amat aku kenal . .  dan aku percaya ! lepas tu aku dengar bunyi kereta dia parking depan rumah. .  
aku tak sambut dia balik pun. .  biar lantak . . sebab aku rasa bila aku buat macam tu , dia tak ade respond pun. .  so biar aja lah . . 
dia masuk rumah , dia bukak tudung lepas tu campak aja dekat atas kerusi. .  *dalam hati aku cakap ingat aku ni bibik rumah ni ke* 
aku tak tahu kenapa hari tu aku rasa tak sedap hati sangat-sangat. .  aku dapat rasa satu benda yang besar dia dah sorokkan dari aku. . i have to find out. . 

aku : boleh saya nak tengok handphone awak ??
dia : nak buat apa ? saya penat ni. . 
aku : sekarang ni saya bukan suruh awak buat apa-apa. .  saya ada hak nak mintak handphone awak. .  awak nak bagi ke tak ?
dia : malas. .
aku : okay fine ! aku memang tahu kau ada sorok something dari aku. 
dia : eh kau jangan cari pasal boleh ? ape lagi ni ? ape lagi yg awak tak puas hati dengan saya?
aku : bagi saya tengok handphone awak. .  tu je. .  awak penat kan ? so awak ikot aja apa saya nak..  saya tak akan serabutkan kepala awak. .  

dia serahkan telefon dan-dan tu juga . . mungkin sebab kebelakangan tu aku dah mula keras hati , keras kepala , keras otak. . mungkin dia dah perasan. .  saat tu terngiang-ngiang dalam kepala aku kata-kata kawab aku . "bab , aku nak kau buat something . aku bg tahu kau benda ni , kau kena janji dengan aku yang kau kena buat dan sahihkan benda ni. . oke macam ni , tadi aku nampak dia dengan perempuan tu . .  diorang keluar dari kereta. . but aku tak sure diorang dari mana. . oke , lagi satu aku nak kau cek dekat handfon dia . .  ade satu folder XXX . .  dalam tu aku rasa semua mesej perempuan tu . . aku nak kau cek , aku jumpa folder tu masa aku bluetooth lagu dekat dia semalam. ." 

aku pun mula memunggah handphone dia. . at last aku jumpa folder tu. .  dia ingat aku bodoh kot . .  aku pernah ingat password untuk bukak folder tu.  mungkin sebab dah lama aku tak sportcheck so dia ingat aku lupa. .  aku dengan perasaan berdebar-debar , cuba buka folder itu. .  terkandung 77 mesej dari perempuan yang amat aku kenali. .  hati aku mula sakit , perut aku mula memulas-mulas. .  jiwa aku bercelaru. .  apa semua ini ?? aku baca satu per satu mesej didalamnya. .  sebak , remuk , hancur berkecai hati aku bila aku baca semuanya. .  saat itu aku menangis seorang diri. .  aku rasa hati aku bagai nak pecah. .  aku pegang dada aku sebab aku rasa bagai aku hilang nafas. .  
mesej dorang memang menunjukkan yang mereka ni ada hubungan dibelakang aku, ,   

tiba-tiba aku rasa aku hilang kawalan diri . . aku naik ke tingkat atas , pintu bilik air tu aku ketuk sampai nak roboh. .  dia bukak pintu bilik air tu dengan muka POKERFACE dia tanya "awak ni apahal?" 
aku tolak dia dekat dinding , sambil meraung aku tanya apa hubungan dia dengan perempuan tu. . dia jawab dengan selamba "aku mana ada apa-apa dengan dia. . kenapa kau ni sheera??" 
aku terus tunjuk semua mesej itu pada dia. .  tiba-tiba aku tengok air muka dia berubah . . saat tu aku rasa seperti mahu menumbuk muka dia sampai pecah !

"awak , ni ke balasan yang awak bagi kat saya ? ini ke ? setahun awak saya menderita dengan perangai awak, tapi awak nampak mcm mana kesabaran saya ? macam mana saya boleh accept awak balik dalam hidup saya? tapi ini ke saya dapat ? kenapa tak terus terang awak ? kalau awak nak dia , terus terang dengan saya. . bukan berdalih ! slama saya dengan awak , pernah saya curang ? ada ke saya kawan ? saya sanggup buang kawan-kawan semata sebab awak. awak tak suka saya berkawan. okay fine ! saya ikot cakap awak. .  bila saya ada masalah , awak tahu ke dengan sapa saya luahkan ? haa, awak pergi tanya dinding , almari , katil bilik kita ni ! tanya!! kalau benda tu boleh jawab , aku pasti kau terduduk tahu!! aku rasa cukup sampai sini je hubungan aku dengan kau. .  aku dah tak sanggup. dulu benda belum kantoi , aku bodoh percayakan kau bulat-bulat! now semua aku dah tahu , so biar aku sendiri yang pergi dari hidup kau. . . kau boleh berbahagia dengan perempuan tu. .  aku tak sangka kawan aku sendiri boleh buat aku macam ni. .ko tahu tak , aku tengok kau sekarang ni kecik je tau ! 

aku tanpa berfikir panjang , aku terus mendail nombor perempuan tu gunakan nombor dia. . tuuut tuuut. .  
"hello yunk dah sampai rumah ke ?" 
"hotak kau yunk!! kau ka mana?? ko nak aku datang rumah kau atau kau nak datang rumah aku ?? ada banyak benda aku nak setel dengan kau "
" eh bab , kau kenapa ni ? apa salah aku ?"
"apa salah kau ? kau tanya aku ke ? haha, kalau aku g rumah kau karang aku takut kau tak selamat dunia akhirat. . baik kau datang menghadap aku dengan kekasih kau ni sekali sebelum aku betul2 naik angin."
tuuuut tuuuuut tuuuut *talian terputus*
kurang ajar punya perempuan *bisik hati aku*

aku fikir balik , biarlah . .  biarlah dorang. .  semoga tuhan saja yang membalas semua ni kat dorang. . aku penat. . dengan sayu hati , aku call kawan aku , aku minta dia ambil aku dekat rumah. .  dia pun setuju aku keluar dari rumah tu. .  dengan berat hati aku packing barang-barang aku depan mata dia. . dia hanya bisa memandang. .  aku tahu apa yang dia fikir. . 

aku melangkah menuruni anak tangga satu persatu. .  air mata aku terus berjujuran hingga aku rasakan kaki aku lemah melangkah. .  aku duduk di atas kerusi di ruang tamu. . tangisan aku makin menjadi. .  aku lihat dia turun dari tingkat atas dan berdiri di depan pintu, , dia cuba menghalang aku keluar dari rumah itu. . aku menolak dia dengan sekuat hati. .  dan aku terus keluar tanpa sebarang kata. . .

kala itu , aku rasa bebas. .  dada aku rasa lapang setelah aku melangkah pergi dari rumah itu, ,  aku nekad yang aku akan terus pergi dari hidup dia. .  aku mahukan kebebasan. . aku mahukan kehidupan sebagai seorang remaja yang aku hilang sejak setahun lalu. . 

nantikan sambungannya esok . .   
  
 
 
  

   
 
    

4.15.2011

::: WHAT THE LIST :) :::

okay , first of all aku nak bagi tahu benda-benda ni yang aku nak dan teringin ! 

pertama :
big teddy bear
 kedua :
satay 

ketiga :
karaoke
 
keempat :
main pool @ steven  
   paling penting : 
 

::: NO TITLE IV :::

*sambung lagi. . . hihi
okay , selalunya hari minggu hari untuk kita spend time dengan keluarga , kekasih atau kawan-kawan.. tapi aku , hari minggu lah duduk terperap dekat rumah. . dia prefer tidur dari keluar jalan-jalan.. bila kawan-kawan aku ajak aku keluar , dia akan tarik muka dan mula lah muka macam taik ba** . .  *maaf tak boleh mencarut. . public! *
duduk rumah , dah macam ada anak 10 dah aku rasa. . kena kemas rumah , masak , basuh baju , buat assignment . .  apalah nasib. . 
bila dia buat kerja , aku jadi bosan sebab tak ada siapa nak bercakap dengan aku kat rumah . . nak call kawan *tak kisah la penk ke , perempuan ke , sapa-sapa je lah* TAKUT. .  
malas nak create any problem . . penat nak bertekak. . 

pernah ada satu malam tu *actually bukan satu malam je. .  banyak malam jugak lah*
aku bertekak dengan dia pasal dia cemburu ada penk call aku. .  penk tu nak mintak tolong aku slow talk dengan gf dia . .  aku cakap baik-baik yang aku tak dapat tolong sebab mangkuk tu memang tak suka aku involved masalah orang . .  kantoi pulak penk tu call aku. .  dia pun rampas phone aku lepas tu dia simpan . .  *buat pekasam* 
aku mintak balik dia tak pulak nak bagi. .  mintak cara baik dia tak bagi . . aku pun apa lagi , mintak cara kasar lah ! haaa.  aku tengking dia. . *biasalah aku time ni dah hilang sabar* 
tak memasal kepala aku kena tolak dekat almari. .  *sakit. . * 
sumpah aku cakap masa tu aku pun dah naik darah. .  asyilk kena pukul aja. .  aku ada hati dan perasaan juga. .  bila dah kena pukul , aku pun apa lagi . .  aku tumbuk dada dia. .  *gedebukk!! bunyinya*
dia pun tolak aku atas katil , dia nak lempang aku . .  aku suakan aja muka aku. .  " lempang lah , lempang! ! awak lempang saya , saya tahu apa nak buat dekat awak " 
terus dia genggam tangan dia. . dia sepak almari lah ape lah. .  
 " saya tahu awak banyak duit , saya tahu awak bagi segalanya kat saya , tapi awak ade fikir tak yang awak dah seksa mental saya ? perasaan saya ? awak boleh bagi saya kesenangan awak , tapi mana kasih sayang dan perhatian awak ? sekarang awak ade pernah tanya saya pasal study saya ? takda awak. .  there's no more i have to talk. .  now im leaving ! so awak boleh hidup bahagia tanpa perempuan yang macam saya ni kan ? yang buat awak naik angin , naik darah. kalau awak nak perempuan yang dengar cakap awak segala , pergi cari orang lain! tapi saya nak tengok diorang tu boleh bersabar dengan awak macam saya sabar dengan awak atau tak! now awak lepaskan saya. .  saya dah tak sanggup kena pukul dengan awak sebabkan bad temper awak tu , saya pun taknak pukul awak. . saya taknak jadi kejam! tapi awak yang ajar saya jadi macam ni ! sedar lah awak. . kalau awak rasa dah taknak saya, lepaskan saya. .  jangan hold saya macam ni. .  saya ada kehidupan . .  saya ada kawan-kawan. .  awak kerja , awak ada kawan tapi pernah saya amek tahu hal awak dengan kawan-kawan awak ? saya penat awak ! !"

suddenly air mata aku mencurah-curah jatuh ke ladang gandum. .  *eishh merepek dah* 
hurmm. .  siapa yang dapat selami perasaan aku waktu ni memang aku berterima kasih dekat korang andai korang faham . . 
malam tu jugak aku packing barang-barang aku, aku nak lari dari rumah. .  aku nak lari ke rumah kawan aku. . tapi dia halang. .  dia minta maaf , dia kata dia akan berubah. .  bagi perhatian kat aku *meh aku cakap kat hangpa eh , HAKTUIHHHHHHH! habuk pon tadak!*
mati-mati aku ingat dia akan berubah . benda yang sama jugak berulang-ulang kali jadi. . sampai dah lali. . bia je lah dia nak pukul , asalkan dia puas. .  banyak kali dia pukul aku pun , tempat dia bawah ketiak aku. .  

pernah jugak aku bergelut dengan dia sampai terpaksa pergi klinik lah . . luka sana sini. .  bayangkan dah luka-luka macam tu , dia boleh blah dari rumah , entah mana dia pergi aku tak tahu. . kawan aku yang bawak aku pergi klinik. *kerna terpaksa , kalau tak dia taknak kawan dengan aku lagi, demm ! dah la kawan aku sikit , tolak dia sorang makin kurang kawan aku* 

memang kehidupan yang aku lalui waktu tu sakit sesakit-sakitnya. .  aku tak tipu. .  aku jealous bila tengok kapel yang sweet together. .  aku cemburu tahap dewa tau. aku hanya boleh tengok dan berharap satu hari nanti aku dengan dia dapat kembali macam dulu. .  *harapann. . . . . .  .*
  
3bulan kemudian , krisis ini makin menjadi. .  nak tahu apa jadi ? tunggu . . . . 
  
 
 
  

4.13.2011

heyyy stalker , ,

seronok stalk blog aku ye ??
HAHAHA !
bagus , teruskanlah . . 
aku bangga kalau orang sebok amek tahu hal aku. .
*macam artis rasanya. .  popular*
terima kasih :) 

::: AWAK ADA 23 CIRI NI ? :::


  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3.  Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6.  Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7.   Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11.  Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  12.  Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13.   Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14.  Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
    Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  15. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
  16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  17.  Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  22.  Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  23.  Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.