About Me

My photo
YOU DON'T HAVE TO HATE ME . WHENEVER YOU DID , DON'T YOU THINK YOU LOOK MUCH PRETTIER ! IN FACT , YOU LOOK TWO TIMES UGLIER :)

4.17.2011

MOOD : PISSED OFF !
JUST STAY AWAY FROM ME !!!  

MY DEAR BABY SITI KHADIJAH

introducing , Baby Siti Khadijah @ Katty . .

comel nyee sayang aunty ni. . ngn ribbon dia .  . pndai mummy min :)   
 Aunty Sheera jealous sgt dengan Mummy Katty tu taw. . 
bila pulak lahh turn I kan Mummy Min . . 
tak sabar . .  
nanti i free i dtg tengok baby Katty k . . 
baby tunggu Aunty datang taw. .
jangan nakal-nakal <3

geram aunty tengok dia ni taww. nak geget ! 

 ni gambar mummy and daddy Katty . .  
sweet together. .  

mummy Min , daddy Zaxx and baby Katty :)  

*awak ( ehem ) saya teringin . *
 

4.16.2011

::: NO TITLE IIV :::

3 bulan kemudian. . .  

hari tu aku duduk termenung dalam bilik. .  aku tunggu dia balik rumah. .  aku bosan , aku rasa diri aku dah hilang akal. . aku mati akal. .  aku perlukan teman , aku perlukan hiburan. .  aku hanya boleh bersabar. . aku asyik pandang dekat jam. .  counting the seconds. .terlalu banyak  cerita yang aku dengar dari mulut kawan aku sejak kebelakangan ini tentang hubungan dia dengan perempuan yang amat aku kenal . .  dan aku percaya ! lepas tu aku dengar bunyi kereta dia parking depan rumah. .  
aku tak sambut dia balik pun. .  biar lantak . . sebab aku rasa bila aku buat macam tu , dia tak ade respond pun. .  so biar aja lah . . 
dia masuk rumah , dia bukak tudung lepas tu campak aja dekat atas kerusi. .  *dalam hati aku cakap ingat aku ni bibik rumah ni ke* 
aku tak tahu kenapa hari tu aku rasa tak sedap hati sangat-sangat. .  aku dapat rasa satu benda yang besar dia dah sorokkan dari aku. . i have to find out. . 

aku : boleh saya nak tengok handphone awak ??
dia : nak buat apa ? saya penat ni. . 
aku : sekarang ni saya bukan suruh awak buat apa-apa. .  saya ada hak nak mintak handphone awak. .  awak nak bagi ke tak ?
dia : malas. .
aku : okay fine ! aku memang tahu kau ada sorok something dari aku. 
dia : eh kau jangan cari pasal boleh ? ape lagi ni ? ape lagi yg awak tak puas hati dengan saya?
aku : bagi saya tengok handphone awak. .  tu je. .  awak penat kan ? so awak ikot aja apa saya nak..  saya tak akan serabutkan kepala awak. .  

dia serahkan telefon dan-dan tu juga . . mungkin sebab kebelakangan tu aku dah mula keras hati , keras kepala , keras otak. . mungkin dia dah perasan. .  saat tu terngiang-ngiang dalam kepala aku kata-kata kawab aku . "bab , aku nak kau buat something . aku bg tahu kau benda ni , kau kena janji dengan aku yang kau kena buat dan sahihkan benda ni. . oke macam ni , tadi aku nampak dia dengan perempuan tu . .  diorang keluar dari kereta. . but aku tak sure diorang dari mana. . oke , lagi satu aku nak kau cek dekat handfon dia . .  ade satu folder XXX . .  dalam tu aku rasa semua mesej perempuan tu . . aku nak kau cek , aku jumpa folder tu masa aku bluetooth lagu dekat dia semalam. ." 

aku pun mula memunggah handphone dia. . at last aku jumpa folder tu. .  dia ingat aku bodoh kot . .  aku pernah ingat password untuk bukak folder tu.  mungkin sebab dah lama aku tak sportcheck so dia ingat aku lupa. .  aku dengan perasaan berdebar-debar , cuba buka folder itu. .  terkandung 77 mesej dari perempuan yang amat aku kenali. .  hati aku mula sakit , perut aku mula memulas-mulas. .  jiwa aku bercelaru. .  apa semua ini ?? aku baca satu per satu mesej didalamnya. .  sebak , remuk , hancur berkecai hati aku bila aku baca semuanya. .  saat itu aku menangis seorang diri. .  aku rasa hati aku bagai nak pecah. .  aku pegang dada aku sebab aku rasa bagai aku hilang nafas. .  
mesej dorang memang menunjukkan yang mereka ni ada hubungan dibelakang aku, ,   

tiba-tiba aku rasa aku hilang kawalan diri . . aku naik ke tingkat atas , pintu bilik air tu aku ketuk sampai nak roboh. .  dia bukak pintu bilik air tu dengan muka POKERFACE dia tanya "awak ni apahal?" 
aku tolak dia dekat dinding , sambil meraung aku tanya apa hubungan dia dengan perempuan tu. . dia jawab dengan selamba "aku mana ada apa-apa dengan dia. . kenapa kau ni sheera??" 
aku terus tunjuk semua mesej itu pada dia. .  tiba-tiba aku tengok air muka dia berubah . . saat tu aku rasa seperti mahu menumbuk muka dia sampai pecah !

"awak , ni ke balasan yang awak bagi kat saya ? ini ke ? setahun awak saya menderita dengan perangai awak, tapi awak nampak mcm mana kesabaran saya ? macam mana saya boleh accept awak balik dalam hidup saya? tapi ini ke saya dapat ? kenapa tak terus terang awak ? kalau awak nak dia , terus terang dengan saya. . bukan berdalih ! slama saya dengan awak , pernah saya curang ? ada ke saya kawan ? saya sanggup buang kawan-kawan semata sebab awak. awak tak suka saya berkawan. okay fine ! saya ikot cakap awak. .  bila saya ada masalah , awak tahu ke dengan sapa saya luahkan ? haa, awak pergi tanya dinding , almari , katil bilik kita ni ! tanya!! kalau benda tu boleh jawab , aku pasti kau terduduk tahu!! aku rasa cukup sampai sini je hubungan aku dengan kau. .  aku dah tak sanggup. dulu benda belum kantoi , aku bodoh percayakan kau bulat-bulat! now semua aku dah tahu , so biar aku sendiri yang pergi dari hidup kau. . . kau boleh berbahagia dengan perempuan tu. .  aku tak sangka kawan aku sendiri boleh buat aku macam ni. .ko tahu tak , aku tengok kau sekarang ni kecik je tau ! 

aku tanpa berfikir panjang , aku terus mendail nombor perempuan tu gunakan nombor dia. . tuuut tuuut. .  
"hello yunk dah sampai rumah ke ?" 
"hotak kau yunk!! kau ka mana?? ko nak aku datang rumah kau atau kau nak datang rumah aku ?? ada banyak benda aku nak setel dengan kau "
" eh bab , kau kenapa ni ? apa salah aku ?"
"apa salah kau ? kau tanya aku ke ? haha, kalau aku g rumah kau karang aku takut kau tak selamat dunia akhirat. . baik kau datang menghadap aku dengan kekasih kau ni sekali sebelum aku betul2 naik angin."
tuuuut tuuuuut tuuuut *talian terputus*
kurang ajar punya perempuan *bisik hati aku*

aku fikir balik , biarlah . .  biarlah dorang. .  semoga tuhan saja yang membalas semua ni kat dorang. . aku penat. . dengan sayu hati , aku call kawan aku , aku minta dia ambil aku dekat rumah. .  dia pun setuju aku keluar dari rumah tu. .  dengan berat hati aku packing barang-barang aku depan mata dia. . dia hanya bisa memandang. .  aku tahu apa yang dia fikir. . 

aku melangkah menuruni anak tangga satu persatu. .  air mata aku terus berjujuran hingga aku rasakan kaki aku lemah melangkah. .  aku duduk di atas kerusi di ruang tamu. . tangisan aku makin menjadi. .  aku lihat dia turun dari tingkat atas dan berdiri di depan pintu, , dia cuba menghalang aku keluar dari rumah itu. . aku menolak dia dengan sekuat hati. .  dan aku terus keluar tanpa sebarang kata. . .

kala itu , aku rasa bebas. .  dada aku rasa lapang setelah aku melangkah pergi dari rumah itu, ,  aku nekad yang aku akan terus pergi dari hidup dia. .  aku mahukan kebebasan. . aku mahukan kehidupan sebagai seorang remaja yang aku hilang sejak setahun lalu. . 

nantikan sambungannya esok . .   
  
 
 
  

   
 
    

4.15.2011

::: WHAT THE LIST :) :::

okay , first of all aku nak bagi tahu benda-benda ni yang aku nak dan teringin ! 

pertama :
big teddy bear
 kedua :
satay 

ketiga :
karaoke
 
keempat :
main pool @ steven  
   paling penting : 
 

::: NO TITLE IV :::

*sambung lagi. . . hihi
okay , selalunya hari minggu hari untuk kita spend time dengan keluarga , kekasih atau kawan-kawan.. tapi aku , hari minggu lah duduk terperap dekat rumah. . dia prefer tidur dari keluar jalan-jalan.. bila kawan-kawan aku ajak aku keluar , dia akan tarik muka dan mula lah muka macam taik ba** . .  *maaf tak boleh mencarut. . public! *
duduk rumah , dah macam ada anak 10 dah aku rasa. . kena kemas rumah , masak , basuh baju , buat assignment . .  apalah nasib. . 
bila dia buat kerja , aku jadi bosan sebab tak ada siapa nak bercakap dengan aku kat rumah . . nak call kawan *tak kisah la penk ke , perempuan ke , sapa-sapa je lah* TAKUT. .  
malas nak create any problem . . penat nak bertekak. . 

pernah ada satu malam tu *actually bukan satu malam je. .  banyak malam jugak lah*
aku bertekak dengan dia pasal dia cemburu ada penk call aku. .  penk tu nak mintak tolong aku slow talk dengan gf dia . .  aku cakap baik-baik yang aku tak dapat tolong sebab mangkuk tu memang tak suka aku involved masalah orang . .  kantoi pulak penk tu call aku. .  dia pun rampas phone aku lepas tu dia simpan . .  *buat pekasam* 
aku mintak balik dia tak pulak nak bagi. .  mintak cara baik dia tak bagi . . aku pun apa lagi , mintak cara kasar lah ! haaa.  aku tengking dia. . *biasalah aku time ni dah hilang sabar* 
tak memasal kepala aku kena tolak dekat almari. .  *sakit. . * 
sumpah aku cakap masa tu aku pun dah naik darah. .  asyilk kena pukul aja. .  aku ada hati dan perasaan juga. .  bila dah kena pukul , aku pun apa lagi . .  aku tumbuk dada dia. .  *gedebukk!! bunyinya*
dia pun tolak aku atas katil , dia nak lempang aku . .  aku suakan aja muka aku. .  " lempang lah , lempang! ! awak lempang saya , saya tahu apa nak buat dekat awak " 
terus dia genggam tangan dia. . dia sepak almari lah ape lah. .  
 " saya tahu awak banyak duit , saya tahu awak bagi segalanya kat saya , tapi awak ade fikir tak yang awak dah seksa mental saya ? perasaan saya ? awak boleh bagi saya kesenangan awak , tapi mana kasih sayang dan perhatian awak ? sekarang awak ade pernah tanya saya pasal study saya ? takda awak. .  there's no more i have to talk. .  now im leaving ! so awak boleh hidup bahagia tanpa perempuan yang macam saya ni kan ? yang buat awak naik angin , naik darah. kalau awak nak perempuan yang dengar cakap awak segala , pergi cari orang lain! tapi saya nak tengok diorang tu boleh bersabar dengan awak macam saya sabar dengan awak atau tak! now awak lepaskan saya. .  saya dah tak sanggup kena pukul dengan awak sebabkan bad temper awak tu , saya pun taknak pukul awak. . saya taknak jadi kejam! tapi awak yang ajar saya jadi macam ni ! sedar lah awak. . kalau awak rasa dah taknak saya, lepaskan saya. .  jangan hold saya macam ni. .  saya ada kehidupan . .  saya ada kawan-kawan. .  awak kerja , awak ada kawan tapi pernah saya amek tahu hal awak dengan kawan-kawan awak ? saya penat awak ! !"

suddenly air mata aku mencurah-curah jatuh ke ladang gandum. .  *eishh merepek dah* 
hurmm. .  siapa yang dapat selami perasaan aku waktu ni memang aku berterima kasih dekat korang andai korang faham . . 
malam tu jugak aku packing barang-barang aku, aku nak lari dari rumah. .  aku nak lari ke rumah kawan aku. . tapi dia halang. .  dia minta maaf , dia kata dia akan berubah. .  bagi perhatian kat aku *meh aku cakap kat hangpa eh , HAKTUIHHHHHHH! habuk pon tadak!*
mati-mati aku ingat dia akan berubah . benda yang sama jugak berulang-ulang kali jadi. . sampai dah lali. . bia je lah dia nak pukul , asalkan dia puas. .  banyak kali dia pukul aku pun , tempat dia bawah ketiak aku. .  

pernah jugak aku bergelut dengan dia sampai terpaksa pergi klinik lah . . luka sana sini. .  bayangkan dah luka-luka macam tu , dia boleh blah dari rumah , entah mana dia pergi aku tak tahu. . kawan aku yang bawak aku pergi klinik. *kerna terpaksa , kalau tak dia taknak kawan dengan aku lagi, demm ! dah la kawan aku sikit , tolak dia sorang makin kurang kawan aku* 

memang kehidupan yang aku lalui waktu tu sakit sesakit-sakitnya. .  aku tak tipu. .  aku jealous bila tengok kapel yang sweet together. .  aku cemburu tahap dewa tau. aku hanya boleh tengok dan berharap satu hari nanti aku dengan dia dapat kembali macam dulu. .  *harapann. . . . . .  .*
  
3bulan kemudian , krisis ini makin menjadi. .  nak tahu apa jadi ? tunggu . . . . 
  
 
 
  

4.13.2011

heyyy stalker , ,

seronok stalk blog aku ye ??
HAHAHA !
bagus , teruskanlah . . 
aku bangga kalau orang sebok amek tahu hal aku. .
*macam artis rasanya. .  popular*
terima kasih :) 

::: AWAK ADA 23 CIRI NI ? :::


  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3.  Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6.  Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7.   Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11.  Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  12.  Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13.   Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14.  Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
    Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  15. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
  16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  17.  Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  22.  Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  23.  Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

::: UNTUK AWAK :::


minggu ni makin buat aku tak boleh tahan ,
hanya kau dalam ingatan ,
kau ada dalam setiap benda yang aku lakukan , 
terkadang aku sendiri tak faham , 
apa maksud rindu yang mendatang , 
tapi harus aku tahu dan harus ku faham , 
kau tak selalu ada bersama ,

aku menangis di suatu malam ,
baru aku tahu yang air mata ini bukan hanya untuk keluarga sayang , 
mungkin aku tak patut bagi tahu tapi ini memang berlaku, 

sayang , 
aku ingin kita bersama seperti pasangan lain , 
bercanda , bermadu setiap hari , 
kau ada aku , dan aku ada kau , 
hidup sentiasa ditemani tawa riang , 
*dah macam dongen aku rasakan* 

sayang , 
aku mahu kau tahu , 
yang aku mahu cuma dirimu ,
izinkan aku cuba menjadi yang terindah untukmu , 
semoga ruang untuk diriku sentiasa bersama kamu . . 

 

::: WHAT TITLE ? :::

untuk hari ni aku tak tahu kenapa aku terasa nak buat sampai dua entri. .  mungkin sebab perasaan aku memberontak kot. .  memberontak sebab apa ? im in love weyy ! haha
hari berganti hari , masa berganti masa , baju berganti baju , seluar berganti seluar , macam-macam yang terganti lah aku rasa , haa perasaan aku dah makin stabil. .  aku suka kat budak  ni. .  *macam biasa lah tak perlu aku nak publish nama kat sini*
aku suka dia. .  but now it turns to love. .
niat asal nya nak berkawan sahaja. .  dan dia juga berniat yang sama. .  tapi lama kelamaan benda ini jadi makin serius. .  dia mula luahkan perasaan dekat aku. . dan secara tak sengaja aku pun dah accident. . so tak boleh nak kata apa-apa lagi la. . 
beliau ni seorang yang agak cool . .tapi tegas dan tetap dalam keputusan. . dia layan aku dengan baik dan juga dia buat aku rasa aku special setelah sekian lama diri ini rasa tak diberi perhatian. 
aku suka kat dia. .  aku sayang kat dia. .  *bukan cinta biasa* 
walau macam mana bermasalah sekalipun hubungan aku dengan dia , kami akan pastikan masalah itu selesai dengan baik. . 
cerita panjang pun tak guna ni sheera. .  orang tak akan faham situasi kau dan dia. . hanya kau dan dia yang tahu <3
pengajaran dari cerita ini adalah : kita mesti cuba percaya pada pasangan kita walaupun kadang-kadang tu dia runtuhkan kepercayaan kita pada dia. .  pegang pada satu prinsip iaitu , walau apa pun yang korang buat , dengan siapa pun korang bersama , sebenarnya cuma ada seorang sahaja yang betul-betul ikhlas dan mahukan korang. .  cuma mungkin korang belum nampak. .  pada aku , aku dah nampak. .  aku cuma perlu jaga 'harta' itu  :) 
yang aku tahu dia milik aku dan aku juga milik dia . .  
dan special thanks juga dekat dia sebab beri ruang untuk aku isi kekosongan hati dia . *da macam isi borang mintak kerja* 
well , tak tahu nak cakap apa lagi . apa yang aku tahu aku memang dah jatuh cinta dengan budak ni sebab dia dah buat aku jatuh cinta la weyhh. .  tak payah twist-twist otak korang. , 
aku dah ada tanggungjawab , aku kena pikul. . aku akan pastikan dia sentiasa gembira disamping aku. .  Amin~  

::: NO TITLE III :::

*sambungan dari episod dua*
bila matahari dah mula memancar keesokan harinya , macam biasa aku akan bangun dulu arround pukul 7pagi. .  *tu pun sebab dah set alarm , kalau tidak memang takkan bangun lah*
aku kejutkan dia. . sebab dia nak pergi kerja. . masa nak kejutkan dia memang paling bermasalah. . dia susah sangat nak bangun pagi. .  selalunya , dia akan bangun kalau aku cakap "awak , awak , saya masakkan breakfast untuk awak , jum bangun makan" 
*padahal , taik gigi je*
dia pun mesti bangun dengan bibir tersenyum lebar. . *lepas tu nasib lah , dia tahu aku tipu. . kalau hari ada kelas aku mesti tak larat nak buat breakfast*
aku suruh dia siap-siap pergi kerja. .  yang sempat aku buat setiap pagi hanya milo. .  sebab itu favourite dia. .  lepas tu dia pun akan capai kunci kereta dan aku pun mengekor. .  sebab kami memang keluar sama. . cuma berlainan kereta . . 
sekarang ni yang aku nak cerita bukan pasal ini. .  aku nak cerita pasal ape yang terjadi antara aku dan dia bila hari siang . . 
benda yang paling dia suka buat setiap hari adalah mencari salah aku. . setiap hari akan cari salah aku. . *pening-pening*  
bila dia balik kerja , benda pertama dia akan buat ialah cek kereta dia kot-kot ada bau rokok. .  lepas tu cek segala-galanya. . *dia buat aku macam budak sekolah rendah yang tak tahu jaga diri dan aku dah lali dengan keadaan macam ini*
bila dia balik dia akan pastikan aku dah siapkan makan *kalau dia call awal-awal yang dia nak makan kat rumah lah*
kadang-kadang aku jadi sedih sebab dia banyak kuasai hidup aku. aku rasa diri aku umpama robot yang dia kawal. . ikut kehendak dia , apa yang aku buat semua salah di mata dia. .  mungkin sebab faktor umur yang membuatkan dia rasa dia boleh gula-gula kan aku kot. .  
aku pulak macam lembu dicucuk hidung. .  ikot sahaja telunjuk dia. .  sebab aku sayangkan dia. .  aku tak mahu dia pergi tinggalkan aku. .  aku redha kalau dah memang nasib hidup aku dah tersurat macam itu. .  *glabah je kau sheera*
mungkin sebab segala kemewahan yang dia bagi dekat aku tu membuatkan dia rasa yang dia boleh menguasai diri aku sepenuhnya. .  aku juga manusia yang punya perasaan. .  
kesenangan yang dia curahkan dekat aku tu bukan yang aku mahukan. .  aku cuma nak dia layan aku sebaik mungkin. .  
kadang-kadang aku rasa macam dia beli aku dengan duit. .  aku sedih. .  sebab aku sendiri ada duit. .  aku boleh hidup tanpa duit dia tapi aku cuma susah sikit lah nak hidup tanpa dia *tapi masa tu je lah. .  sekarang ni . . . . hahah malas nak stori dekat you all. .  sebab aku sendiri tak pernah berharap apa-apa lagi dari dia*
kawan-kawan aku selalu cakap yang aku ni bodoh sebab bagi muka dekat dia. .  mereka takkan faham. .  itulah kuasa "CINTA" . .  *bila aku cakap macam tu , dorang akan mengeluh*
"bab , aku nak kau berubah. .  cari hidup baru. .  kau sayang dia macam mana sekalipun kau kena ingat , kau bukan anak patung tau. .  sampai bila dia nak seksa kau ? sampai bila dia nak buat kau macam ni ? sampaikan kau nak lepak dengan kitorang dekat cafe pon dia tak bagi ?? kau duduk rumah sorang-sorang je pun. .  dia balik kerja lambat. . "
aku hanya boleh berdiam bila kawan-kawan aku cakap macam tu. .  apa boleh aku buat. .  aku cuma mahu jadi yang terbaik. . aku mahu jadi seseorang yang dia sayang. .  yang mendengar kata. .  aku cuma inginkan status isteri yang tahu menjaga rumahtangga. .  yang bertanggungjawab. .  cuma kadang-kadang dia tak pernah faham. .  
sepanjang dengan dia , aku paling banyak mengalah. .  aku banyak makan hati. .  aku tinggalkan kehidupan sosial. .  *merokok , minum , lepak , clubbing * 
semua benda yang negatif aku tinggalkan. .  aku berubah. .  apa lagi yang tak cukup aku sendiri tak faham. .  
ye aku lupa nak list kan satu perkara lagi , aku tinggalkan kawan-kawan pengkid aku. .  semua nombor telefon dia buang . . aku tak boleh bukak facebook , selain depan dia. . kadang-kadang aku akan online dekat kelas. .  itu pun aku kena offline chat supaya dia tak boleh traced aku. .  
begitu azabnya hidup aku. .  itupun aku bertahan sampai 1tahun 4bulan. .  *berapa hari aku pun tak hengat* 
 setiap malam sebelum tidur dia akan cek telefon aku. .  *inbox , sent items , incoming call , outcoming call , missed call* 
tengoklah betapa kuatnya cemburu dia kan?? dia cakap "aku tak suka ada penkid / perempuan lain yang sebuk nak amek tahu masalah kau / hal kau. .  kau aku punya , kalau dorang sebok sangat , suruh dorang datang amek kau dari tangan aku sendiri. .  tak payah contact kau belakang-belakang aku. .  kau ingat ye , aku tak suka bermakna kau tak boleh buat . . " 
suka cakap benda yang sama . .  benda yang dia cakap tu betul-betul menyakitkan hati aku. .  
bila dah jadi macam itu , apa lagi yang aku mampu lakukan selain menangis. .  dia pujuk ????? 
JANGAN HARAP !! dia tidur ada lah. .  sedih beb cerita aku ni. .  ni cerita sahaja. .  belum korang yang merasa duduk kat tempat aku. .  

dalam tidur aku harap hari esoknya akan bagi aku kekuatan dan harapan supaya dia berubah. .  aku sentiasa meminta supaya diberi lebih kekuatan. .  aku seorang yang tabah , ,  itu memang tak dapat disangkal. .  
apa penghujungnya carita ini ? nantikan . . . . 

 
    
 
     

4.12.2011

::: NO TITLE :::

*Sambungan cerita semalam . .
oke sekarang ni tak hujan dan cerita pun haruslah makin hangat . .  *kan dah cakap jangan fikir jauh sangat . . *
aku selalu tersenyum dengan kata-kata dia yang mencuit hati itu. . aku cuba bayangkan keadaannya bila dia dah tiada di samping aku. . dia juga suka tanya aku beberapa soalan sekiranya dia nampak aku sudah mula mengelamun jauh. .  *almaklumlah, kata-kata dia memang membuai aku* itulah keistimewaan dia. . 
setiap persoalan aku jawab dengan seikhlas hati. . aku tak banyak berahsia dengan dia soal hati dan perasaan. .  aku lebih suka cakap direct daripada sorok-sorok. .  biarlah benda itu menyakitkan hati sekalipun , aku tetap akan bersuara. .  *itu perangai sebenar aku ye. .*
lepas dah puas berborak dan meluahkan isi hati , *benda ni seringkali terjadi* dia akan cakap "awak, bila saya dengar awak cakap, perut saya pun suka menyampuk. .  dia kata dia suruh awak buatkan meggi"
aku pun segera lah ke dapur buatkan makcik tu meggi.  . sampai dah faham. .  bila ditegur jangan makan meggi selalu , ni lah yang aku akan dengar "kalau saya tak dapat meggi , saya nak spagetti. . awak pilih mana satu awak nak sediakan ?" 
nak taknak akurkan sajalah kehendak dia *dah sayang*
lepas makan , dia akan minta satu perkara lagi. .  "boleh awak nyanyi untuk saya lagu if youre not the one ?"
bernyanyilah aku malam itu dengan versi akustik. .  dia akan baring dan letak kepalanya di ketiak aku *ketiak aku bau perfume kereta dia kata*
sambil aku nyanyi, sambil tu tangan dia mula menepuk-nepuk perut aku. . dia suruh aku tidur. *walaupun mata dia masa tu dah macam orang hisap ganja*
tengah aku syok-syok nyanyi tiba-tiba aku dengar satu dengkuran yang kuat. . krohhh krohhh krohh. .  bunyi tu ikot irama cengkerik pulak tu. HAHA!
bila dia dah berdengkur , pelahan-pelahan aku tarik selimut dan beradulah dua hamba Allah ini dalam keadaan yang sangat lega dan lapang dada. .  dalam jaga dan lena aku harapkan dia akn selalu ada dengan aku. .  selalu temani aku dalam sunyi macam ni. .  

tapi bila matahari muncul pagi itu , segalanya berubah . .  terlalu berubah. .  
to be continnued . . .  
 
      

4.11.2011

::: NO TITLE :::

HUJAN lebat malam ni. .  dikala hujan ni lah macam-macam teringat. . masa ni lah otak ni ligat rewind benda yang lepas-lepas. . kadang-kadang tu rewind sampai lah 2-3 tahun sebelum ni. . saja cari nahas lah tu. . hurm, terimbau balik kenangan aku dengan DIA. .  siapa?? tak perlu lah nak dipublish kat sini. . *biarlah rahsia. . .*
waktu hujan macam ni lah waktu aku dengan dia duduk sama-sama. .  dalam keadaan bilik yang hanya ditemani cahaya bnulan.  . *aippp jangan nak fikir jauh sangat* kami berdua suka keadaan macam tu. .  saat tu lah aku dan dia akan luahkan perasaan masing-masing. . segala masalah kami kongsi. . sumpah aku cakap , tak ada tekanan langsung waktu tu. .  
bercakap dengan nada suara yang perlahan , lembut dan juga menghormati satu sama lain. .  aku rindukan saat-saat tu. . *air mata dah jatuh setitik* 
pada waktu tu lah aku akan rasakan kehangatan sentuhan tangannya. . we are holding our hands to make us feel comfort.. see, how romantic? 
sepanjang perbualan ade diselitkan kata-kata manja yang mencuit hati. . kadang-kadang gelak tawa aku dan dia memecahkan kesunyian malam. .  *i dont think i am strong enough now* 
waktu aku bercakap, dia akn pandang wajah aku. . takkan terlepas walau sesaat. . ditatap setiap perkataan yang keluar dari mulut aku. . *aku rsa amat dihargai* 
waktu itu , dia sudah mula membetulkan posisi duduknya. .  aku faham apa yang dia cuba lakukan dan apa yang dia inginkan. .  ya, dia ingin aku berada dalam pelukannya. .  aku rela. .
masa dalam pelukan dia, dia akan mula berkata-kata . . 
ayat yang masih aku ingat sampai sekarang. . 
"awak , if lets say one day saya hilang dari hidup awak , saya nak awak tahu satu perkara. .  saya nak awak cari saya dan bawak saya balik ke pangkuan awak
indahnya kata-kata tu. .  tapi sayang, tu cuma perkataan yang tidak ada makna. . sudah lah, perkara lepas. .  
 nak tahu apa yang aku dan dia lakukan seterusnya ?? 

to be continued . . .  
  
    

4.10.2011

NO TITLE .

hidup aku sebagai  'MISS L' mendapat title 'L' bukan aku yang minta . .
kekadang aku rasa terhibur bila tengok perempuan . .  
tak kisah la kat mana - mana sekalipun. . walaupun dalam kereta. . 
citarasa aku teramat dalam terhadap WANITA. . satu rasa yang dikurniakan. .  memang ianya salah . . tapi aku anggap itu satu dugaan dari yang Maha Esa, ,  mungkin dia nak uji sejauh mana keimanan aku terhadap dia. .  
cerita panjang-panjang pun tak guna. .  pemikiran orang yang kolot akan sentiasa mengatakan bahawa golongan macam aku ni JIJIK , HINA , KOTOR ! mungkin apa yang mereka katakan itu ada benarnya.. tapi ingatlah, perasaan kami ini Dia yang kurniakan. . ade hikmah disebalik kejadian ini...

AKU , setiap kali aku nampak awek, automatik akan sebut woowww!  
bila nampak pengkid, aku malu-malu. .  tu aku tak faham. .  aku tak malu pulak bila usha & ngorat awek . .  *pelik - pelik !* 
mungkin aku berperasaan lebih kepada wanita. . . 
macam2 perempuan yang aku kenal. . 
bekas lelaki lah , perempuan liar , kaki minum , kaki segala kaki . .  tapi aku tak pernah memilih. .  *cuma tahu menjaga diri dan maruah* dah cukup bagus . . 
tapi kalau untuk dijadikan bini, aku nak yang SIMPLE - SIMPLE . . innocent gitu. .  senang nak jaga . .  
EHHH SHEERAA!!!!!!!!!!!!!!
dahdah lah berangan. .  kau bukan lagi boleh cari perempuan. .  tak boleh dah mata keranjang ! 
ingat sikit . .  
kau tu dah dengan pengkid.  
:P  
   

4.09.2011

KADANG KADANG :|

KADANG - KADANG ...
kita harus biar perasaan itu hilang dibawa arus masa.. sebab kita tahu, bukan selamanya perasaan hiba tu memakan diri... lama-lama akan jadi seperti sedia kala...
KADANG - KADANG ...
kita tak boleh nak salahkan takdir jugak... sebab kita hanya manusia.. kita hanya merancang.. dan yang menentukan tu , tu haa yang kat atas tu... 
KADANG - KADANG ... 
rasa ralat sangat sebab biarkan dia pergi terus macam tu je.. tanpa bagi dia peluang untuk kembali semula macam dulu.. tapi apakan daya.. aku tak mampu..
KADANG - KADANG ...
ade jugak rasa bersalah menguasai diri sebab aku dah buat dia sangat terluka.. dia harapkan lebih dari segalanya daripada aku.. tapi aku musnahkan macam tu aje? kau kejam sheera...
KADANG - KADANG ...
aku rasa tak boleh tipu diri sendiri... bila hati aku tiba-tiba terdetik untuk bagi ruang pada insan lain.. ye, insan lain !! insan yang aku rasa dapat mengubah kehidupan aku... dengan penuh harapan.....
KADANG - KADANG ...
aku rasa aku hanya bertepuk sebelah tangan.. sebab aku masih faham kondisi dia dan juga dia ...  akan timbul pelbagai konflik jika aku terus bermain dengan perasaan yang masih belum pasti ini..
KADANG - KADANG ...
aku terfikir kenapa dia masih mahukan aku ?? apa tak cukup ke dengan apa yang dia ada... seribu kali lebih baik dari aku.. tak bersyukurkah dia?? aku makin tidak faham dengan kehendak dia...    
KADANG - KADANG ...
aku rasa kekok disamping dia.. jauh perbezaan perwatakan aku dan dia.. tapi kata dia itu bukan satu persoalan.. dia hanya ingin memiliki hati aku.. hati yang diharap tulus dan ikhlas mencintai dia.. hati yang akan selalu tertulis namanya di setiap ruang dan sudut.. aku buntu...
KADANG - KADANG ...
dia menyenangkan hati.. dia membuat aku gembira.. dia membuat aku teruja.. dia membuat aku rasa bagai nak gila.. tapi.....
KADANG - KADANG ...
dia buat aku ni macam tak wujud... dia buat aku macam patung yang bernyawa tapi hanya mampu duduk terdiam , terpaku tanpa sebarang tindak balas... aku rasa terlalu sedih hingga air mata tak disangka-sangka gugur kerana DIA... 
KADANG - KADANG ...
dia datang semula menenangkan aku.. dia datang membasuh luka-luka yang disebabkan oleh dia...TAPI... itu hanya sementara.. oleh kerana selalu datangya orang ke-3.. aku lemah ! aku seakan tak berdaya.. aku ingin bebas semula dari semua ini...
KADANG - KADANG ...
aku duduk seorang memikirkan perjalanan cinta aku dan dia yang sebegini rupa.. yang aku tak pernah inginkan... yang aku tak pernah langsung impikan selama ini.. yang hanya aku inginkan adalah DIA dan juga hatinya terus menjadi MILIK AKU ! dan bukan dikawal oleh orang ke-3!
KINI ...
perjalanan ini masih aku jalani.. dengan sekental hati... dengan setakung air mata, dengan sepanjat doa, dengan setabah diri... aku sentiasa menunggu kepulangan dia kepangkuanku.. 
KINI ...
dia tetap dalam hati... dia sentiasa ada walaupun jasadnya jauh di sana.. cintanya sentisa menemani diriku disini.. aku sentiasa berharap semua ini akn berakhir.. tiada lagi orang ke-3  dalam hidup kami.. aku mahukan dia dan HANYA DIA :)            
      
    

dunia dunia .

Assalamualaikum . . ha dah lama rasanya tak tulis blog ni yeh. .  al-maklumlah busy saje. . kalau online pun bukak fesbuk aje. . terlupa yg sebenarnya aku ni ada blog . . ape masalaha aku sekarang?? terlalu banyak... mana satu aku nak cerita alu pun tak pasti... aku tertekan dengan kehidupan aku sekarang... adakah ini satu pembalasan atas perbuatan aku yg terkutuk duludulu mahupun sekarang?? tak faham kadang2... lepas satusatu masalah timbul... okay, aku ingat lepas aku putus dengan manusia tu, aku dapat lah tarik nafas lega... ternyata aku SALAH !! benda jadi makin serabut dan terlalu menyakitkan... dah ada buah hati, tapi buah hati aku tu masih bersama yang lama... tergugat beb... aku selalu kene kacau dengan perempuan tu... sabar je lah.. hahaha !! aku kene kuat lah kan.. ye tak babe??? selama aku masih boleh bersabar dan juga bertahan dan juga bernafas, aku akan pertahankan.. kalau ikotkan hati aku ni, aku dah lama blah dari hidup dia tau... tapi satu benda yang aku fikir.. nak tahu apa?? okay lah, sepanjang tempoh perkenalan aku dengan dia, dah terlalu banyak dugaan yang aku lalui.. dugaan terbesar adalah perempuan itu.. yang lain tu biasa lah.. gaduh kecil.. tu tak mahu ambil kira lah... buang masa... masalah aku satu sahaja. perempuan tu... tapi sekarang ni aku rase aku yang dah menhuasai perempuan tu... yes, CREDIT to you sheera.. u did a good job... lagi masalah aku ape ya?? lutut aku?? *luka tak sembuh lagi* choiiiii lah kau sheera !!!