About Me

My photo
YOU DON'T HAVE TO HATE ME . WHENEVER YOU DID , DON'T YOU THINK YOU LOOK MUCH PRETTIER ! IN FACT , YOU LOOK TWO TIMES UGLIER :)

8.15.2011

UNTUK KEKASIH AKU

kini aku mengambil kesempatan dalam kesempitan untuk menulis . mencoret segala yang bermain di fikiran . ada cinta ? ada dia ? TIADA . di saat ini aku merasakan kesunyian teramat . bersedih ? OH TIDAK . tidak sama sekali . aku tak mahu bersedih lagi atas perkara bodoh dan remeh . *SHEERA DAH BANGUN DARI LENA YANG PANJANG* mudah-mudahan . mengenai kehidupan , apa yang terindah dan apa yang menyakitkan ? terindah adalah kenangan . menyakitkan adalah cinta . aku , aku jarang sekali temukan keindahan dalam cinta . percaya jika aku katakan cinta yang mengajar aku menjadi lupa diri . lupa siapa aku yang sebenar . cinta banyak menjerat aku . cinta memang menyakitkan . tapi kenapa cinta juga yang aku cari . pernah juga aku membuang cinta tapi kesudahannya kembali juga bercinta . jika aku tak mencari , ia datang bergolek . jika aku mencari , ianya hilang entah kemana . jadi lebih baik aku berdiam . untuk kesekian kalinya , aku bertemu cinta baru . setelah terbuangnya cinta yang lepas . siapa dia ? tidak perlu diberitahu . hanya aku yang tahu . harapan pada cinta baru , APA ? harapnya dia boleh mengubah segalanya . segala yang aku lalui selama ini yang membuatkan aku nampak bodoh di mata semua orang . aku mahu dia beri sesuatu yang baru untuk aku nikmati bersama dia . aku takutkan kegagalan , aku takut akak kekecewaan . sudah aku katakan pada dia dan dia cuma berdiam . fahamkah dia tentang itu ? apa kemahuanku ? cuma kadang kala aku yang tidak memahami kehendak dia . apa yang dia mahukan dari aku ? aku telah beri segalanya ! jiwa , raga , kasih sayang , cinta , perhatian , pengorbanan ! tidak cukup ? aku tak akan bersedih kiranya dia menghargai . aku bersedih kerana dia buta ! buta untuk melihat segalanya . terkadang aku merasakan diriku umpama simpanan . diguna jika mahu , disimpan jika tidak dperlukan . *SANGAT SAKIT BERPERASAAN MACAM NI* terpulang pada dia , aku cuma manusia . aku cuma mahu difahami , aku cuma mahu diperhatikan . oleh siapa ? tentunya oleh dia , insan yang sentiasa ada di dalam hati . sayang , fahamilah diriku . tak banyak yang aku mahukan . cuma dirimu dan hatimu . ikhlas setulus hati dariku . aku mencintaimu lebih dari yang lain . dengarkan , fahamkan . aku mahukan kau dan bukan yang lain . jika kau tak mampu membahagiakan aku , CUBA ! jika kau tidak mampu memberi segalanya , USAHA ! bukan kemewahan dari kau yang aku mahu , cuma kekayaan perasaan cinta kau terhadap aku , itu lebih bermakna dari semua wang ringgit di poketmu (:

No comments:

Post a Comment