About Me

My photo
YOU DON'T HAVE TO HATE ME . WHENEVER YOU DID , DON'T YOU THINK YOU LOOK MUCH PRETTIER ! IN FACT , YOU LOOK TWO TIMES UGLIER :)

8.15.2011

UNTUK KEKASIH AKU

kini aku mengambil kesempatan dalam kesempitan untuk menulis . mencoret segala yang bermain di fikiran . ada cinta ? ada dia ? TIADA . di saat ini aku merasakan kesunyian teramat . bersedih ? OH TIDAK . tidak sama sekali . aku tak mahu bersedih lagi atas perkara bodoh dan remeh . *SHEERA DAH BANGUN DARI LENA YANG PANJANG* mudah-mudahan . mengenai kehidupan , apa yang terindah dan apa yang menyakitkan ? terindah adalah kenangan . menyakitkan adalah cinta . aku , aku jarang sekali temukan keindahan dalam cinta . percaya jika aku katakan cinta yang mengajar aku menjadi lupa diri . lupa siapa aku yang sebenar . cinta banyak menjerat aku . cinta memang menyakitkan . tapi kenapa cinta juga yang aku cari . pernah juga aku membuang cinta tapi kesudahannya kembali juga bercinta . jika aku tak mencari , ia datang bergolek . jika aku mencari , ianya hilang entah kemana . jadi lebih baik aku berdiam . untuk kesekian kalinya , aku bertemu cinta baru . setelah terbuangnya cinta yang lepas . siapa dia ? tidak perlu diberitahu . hanya aku yang tahu . harapan pada cinta baru , APA ? harapnya dia boleh mengubah segalanya . segala yang aku lalui selama ini yang membuatkan aku nampak bodoh di mata semua orang . aku mahu dia beri sesuatu yang baru untuk aku nikmati bersama dia . aku takutkan kegagalan , aku takut akak kekecewaan . sudah aku katakan pada dia dan dia cuma berdiam . fahamkah dia tentang itu ? apa kemahuanku ? cuma kadang kala aku yang tidak memahami kehendak dia . apa yang dia mahukan dari aku ? aku telah beri segalanya ! jiwa , raga , kasih sayang , cinta , perhatian , pengorbanan ! tidak cukup ? aku tak akan bersedih kiranya dia menghargai . aku bersedih kerana dia buta ! buta untuk melihat segalanya . terkadang aku merasakan diriku umpama simpanan . diguna jika mahu , disimpan jika tidak dperlukan . *SANGAT SAKIT BERPERASAAN MACAM NI* terpulang pada dia , aku cuma manusia . aku cuma mahu difahami , aku cuma mahu diperhatikan . oleh siapa ? tentunya oleh dia , insan yang sentiasa ada di dalam hati . sayang , fahamilah diriku . tak banyak yang aku mahukan . cuma dirimu dan hatimu . ikhlas setulus hati dariku . aku mencintaimu lebih dari yang lain . dengarkan , fahamkan . aku mahukan kau dan bukan yang lain . jika kau tak mampu membahagiakan aku , CUBA ! jika kau tidak mampu memberi segalanya , USAHA ! bukan kemewahan dari kau yang aku mahu , cuma kekayaan perasaan cinta kau terhadap aku , itu lebih bermakna dari semua wang ringgit di poketmu (:

8.12.2011

MILIK SIAPAKAH GADIS INI ?

TAHUN 2009 
TAHUN 2010



TAHUN 2011

NURSHAHEERA BT NAZARUDDIN

 IS THERE ANY CHANGES ??
2009 - milik AHYINAHKAUAHMAD 
2010 - milik DEARY(D)DOLCEZZA
2011 - milik SHAH SHAHREZ
SIAPA YANG PALING BERTUAH ANTARA TIGA ORANG DALAM SETIAP TAHUN TU ?
terima kasih :)

8.10.2011

Entah (◑.◑)


aku sendiri tak faham apa yang aku rasa sekarang . 
kenapa aku rasa nak marah ? kenapa aku rasa nak nangis jer ni oh ? 
mood aku dah twist-twist lah . OMG ! 
oh , mungkin sebab sekarang da pukul 12:20 tapi still did not get any text or call from dia . hurrmm  (╥﹏╥) 
encik otak ~ boleh tak stop pikir kan dia . sekejapp aja . pliss lah encik otak . sakit lah jiwa  aku .
jiwa ni tak tenteram rasa nya . adoh ! erm !
oke , buad kali yang ke-14 aku menguap ni oi ! haram jadah betol . 
kalau dah takda apa-apa aku tidur dulu lah kan . lagi seronok dapat mimpi indah :) 
selamat malam semua <3

Harusnya Kau Pilih Aku (✖╭╮✖)


kekasihmu tak mencintai dirimu sepenuh hati 
dia selalu pergi meninggalkan kau sendiri 
mengapa kau mempertahankan 
cinta pedih menyakitkan 
kau masih saja membutuhkan dia 
membutuhkan dia 
kau harusnya memilih aku 
yang lebih mampu menyayangimu 
berada disampingmu 
kau harusnya memilih aku 
tinggalkan dia 
lupakan dia 
datanglah kepadaku
kau tak pantas disakiti 
kau pantas utk dicintai 
bodohnya dia yang meninggalkanmu 
demi cinta yang tak pasti 


NO TITLE (♥♥,)

aku duduk termenung di dalam bilik . saat tu hati aku gundah sangat sebab aku dah mula rindukan dia . siapa ? dia lah . berkecamuk sangat hati ni . rindukan pelukan dia . kata-kata manis dia . tiba-tiba ingatan aku terpalit pada MR.N . aku kenal dengan MR.N melalui Firr . ingatan aku kembali ke beberapa bulan lepas , kali pertama aku bersua dengan MR.N. 

Firr datang ke rumah aku untuk menghantar laptop aku yang aku suruh dia formatkan . dia datang bersama seorang pengkid . pengkid tu lah MR.N . aku menyambut kedatangan dorang dan mengajak dorang masuk ke rumah . alang-alang dah nak lunch time aku masak terus untuk makan bersama . MR.N ke dapur untuk menolong aku . 
"boleh tolong ? sian u penat-penat je masak . lagipun kitorang takde niat pun nak susahkan u"
"alah , tade hal lah u . bnde kecik je pun . kalau i tak masak i nak makan apa pulak ? malas nak keluar beli makan . lagipun takde kelas hari ni " 
"ohh , oke . ada ape-apa nak i tolong ? potong bawang ke?" 
"hahha , pengkid reti masak ke ? setahu i semua hampeh !" *aku gelak berdekah-dekah*
"amboi mulut ! nampak cili tu ? i cilikan mulut u tahu lah" 
"dah lah pergi main jauh-jauh . dapur tempat orang perempuan . u tu kan JADIAN !" 
Naz mencebikkan bibir dan melangkah ke ruang tamu . kedengaran suara firr tergelak kuat kerana menonton Sinchan . aku cepat-cepat menyediakan makan dan mengajak mereka berdua makan . 

"oke lah bab , aku chow dulu lah oke . apa-apa hal pasal lappy kau tu nanti kau roger aku" kata firr .
"beress boss . weyh , rokok sebatang ! heheh"
"muka aku ni muka kotak rokok ke ha? cibaii betol . beli lahh . takut sangat dengan laki kau tu . bukan dia bunuh kau pun kalau dia tahu kau isap rokok" 
"kalau taknak bagi pun jangan lah hina aku macam tu" *aku sentapp* 
"olohh olohh comel adik abang ! hehe , nah nah 3batang abang bagi" 
aku punya lah seronok . sebab dapat lah aku lepas sangap . berapa hari dah tak berasap. 
Naz hanya diam dan tersenyum melihat aku . 
*hensem jugak dia ni* bisik hati aku . 
naz datang ke arah ku dan menghulurkan tangannya . 
"oke sheera , i balik dulu . ade masa jumpa lagi" 
"okey okey , nanti datanglah rumah . if datang jumpa firr , ajak dia lepak dengan i oke?"
"oke bye"
mereka berdua melangkah ke kereta dan beredar . aku masuk ke dalam rumah . 
"bila lah lagi dapat jumpa Naz ek ? hahahahhaaha" *sheera mula gatal* 
aku fikir balik , mati aku kalau si polan tu tahu . aku berjalan menuju ke belakang rumah dan membakar rokok . fuhhh fuhh asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulut aku . 
*ohhh sedapnyaaa !* 

1 minggu kemudian . .
firr datang ke rumah aku . dia ajak aku lepak pergi minum , aku akur dan mengikut dia . sampai di warung Scorpion , firr berborak dengan aku sambil kami minum petang . 
"weyh , ingat Naz kirim salam kat kau" kata firr 
"oh yeke ? mana dia sekarang ? tak datang sini ke?"
"ermm entah lah dia busy kerja lah bab"
"ohh , apesal tetiba kau on topic pasal dia ni?"
"takde dia ada text aku dia mintak nombor kau . tapi aku tak bagi sebab aku faham masalah kau"  kata firr 
"tahu tak apa bro . hishh taknak aku create masalah bro ! sakit !"
"tu lah , tapi dia tak kisah pun . dia cakap nak kenal-kenal je pun , lagipun aku dah cerita pasal hubungan kau yang macam haram ni kat dia . dia simpati kat kau "
"hahhaha ! perlu ke ? semua nak simpati kat aku . aku rilek je . sebab aku sayang dia firr , aku sanggup buat apa pun . kau tahu aku macam mana kan firr" jelas aku pada firr. 
aku malas nak menyambung perbualan tu dengan firr sebab aku malas nak dengar bebelan firr kemudian . tak ada siapa yang faham aku . kenapa aku sanggup jadi macam ni no one ever understand ! tu sahaja . aku malas , aku letih ! 
"dah lah firr , jum hantar aku balik . aku letih lah . karang polan tu balik . menjawab pulak aku keluar merayap petang-petang ni "
firr akur dan mencapai kunci motornya . dia bawak aku balik ke rumah . 
*kecoh firr ni* 


8.09.2011

NO TITLE (♥♥,)

LIFE AKU lepas bebas dari sangkar singa seronok ! aku dapat kenal ramai orang , aku dapat hidup ikut suka hati aku sebab tak ada sapa lagi nak halang apa aku nak buat . aku mula pergi clubbing  setelah lebih setahun meninggalkan tabiat tu *wahh kellasss gituu* 
setiap minggu mesti berparty . aku masih ingat satu masa tu kawan-kawan rapat aku bagi suggestion kat aku . dorang nak buat celebration party untuk aku . untuk meraikan status aku sebagai 'SINGLE' *all the single ladies put your hands up !* aku ikut kan sahaja kehendak dorang . siapa lagi nak halang aku ? my life never get controlled by anyone after she left . malam tu aku melaram macam nak pergi menyundal . me look very hot and sexy . tak dinafikan sebab kawan-kawan aku terkejut atas penampilan aku yang terlalu vogue kata dorang . kitorang pergi berparty , drinking like crazy . *masa tu tak ingat dah dosa halal haram* 
kawan-kawan aku celebrate aku macam aku ni diva ! they dancing with me , they hug me , they kiss me , they hold me while im drunk and on that moment , i feel totally good ! enjoyed ! 
kedengaran suara seseorang berbisik di telinga aku 
"congratulations , finally u single "
aku memalingkan muka aku pada suara itu *OMG!!!!*
"heyyy u , whats up ? since when u be here ? ohho , nice to meet u mr.N" *nama tak perlu disebut sangat lah dalam ni kan* 
"just arrived , well lets dance to celebrating the most precious moment in ur life" 
aku pun menari dengan MR.N di dancefloor .dia memeluk aku sepanjang tarian . aku terbuai dengan senyumannya . aku merasakan kehangatan sentuhannya di pinggangku . aku membelakangi dia , dia tetap memeluk aku . dia menghembuskan nafasnya di telingaku . aku terdiam . namun aku cepat tersedar . dia sudah berpunya ! 
"err u , lets stand there . i feel totally dizzy '
aku mengajak dia berdiri di tepi DJ CORNER . aku menarik-narik rambutku . aku mula rasa serba tak kena . tertanya-tanya akan betul kah apa yang terjadi tadi atau aku hanya bermimpi . *sheera sebenarnya suka tu tapi dia malu
jam tepat menunjukkan pukul 3.10am . *party's over guys!!* 
semua makhluk dalam club berpusu-pusu keluar . ada yang mabuk dan merepek-repek di tepi-tepi jalan . ada yang bergaduh bertumbuk kerana perempuan . 
MR.N menepuk bahu aku . aku yang agak pening menoleh ke arahnya dan tersenyum . 
"mana handphone u ?" tanya MR.N 
aku menggaru kepala aku tanda kaget dengan soalan itu . aku sendiri lupa mana handphone aku . tiba-tiba Sally datang dan memberikan tas tangan aku . 
"oh here it is . nah . nak buat apa ? nak ambik gambar sama ke ?" *cakap sambil gelak berdekah-dekah* 
"tak lah , i nak rompak u . haha . ni i nak save my phone number la . okay done . tQ "
aku pun bagi senyuman dan terus melangkah berjalan ke arah kawan-kawan aku . 
aku masih belum mahu terus memikirkan tentang MR.N . bagi aku dia bukan siapa-siapa untuk aku fikirkan . dia cuma ku anggap kawan dan tidak mungkin lebih . 
aku memeluk erat kawanku Sally dan kami menuju ke parkir kereta . mahu pulang ke hostel . sepanjang perjalanan pulang , aku asyik memikirkan tentang kejadian di club tadi . agak dahsyat . ada rasa ingin tersenyum , ada rasa ingin menangis dan macam-macam lagi . bercelaru lah senang cerita . lalu aku tertidur dalam kepenatan dan kepuasan hati setelah lama meninggalkan kehidupan segila ini . 

8.08.2011

SURATAN YANG MENYAKITKAN



lagu ni khas untuk awak . . SS


berulang kali aku 
menyatakan hasratku
tapi tak pernah kau buang masa untuk diriku 
namun ku sedar kasih 
dimana ku berdiri 
dibalik cinta yang gelap 
aku terus sendiri 
sungguh aku menyesali kasih 
bercinta denganmu sayang 
sungguh aku sedar 
betapa hebatnya cintamu itu 
yang menyakitkan 
ku sendiri kasih 
di lautan cintaku 
beralun ombak melanda 
namun aku berdiam 
masih aku sayang 
cuba untuk pertahankan 
suratan yang menyakitkan hati ini 
kerana ku mencintaimu <3

K E C A M U K

yes , malam ni malam yang sunyi dan sepi , seorang gadis didalam biliknya sedang duduk bersimpuh di atas katil dan menghadap laptopnya . di skrin "FACEBOOK" tertera nama AIN ZULKIFLI , itu BFF nya . dikepitnya sebatang rokok DUNHILL METHOL di tangan kirinya . berkepul asap disekeliling laptopnya . SUNGGUH STYLO ! rambutnya kelihatan kusut dan tidak terurus , bajunya tiada lengan dan menampakkan ketiak . WOW ! seluarnya pendek dan berwarna putih . SEKSI . 
GADIS itu menanti sesuatu . sesuatu yang amat dirindui . sesuatu yang merupakan seseorang sebenarnya . MASIH menunggu dan TERUS menunggu . namun tiada jawapan . KEMANA ? DIMANA dan MENGAPA ? terlalu banyak tanda tanya dan kata kerja . masih belum mengerti akan sesuatu .
Gadis itu milik seorang pengkid . YA , pengkid . KENAPA TAK PERCAYA ? harus percaya . dia masih dimiliki oleh kaum sejenisnya . tapi dia tidak pernah mempersoalkan MENGAPA dia bersama kekasihnya itu . dia SELESA agaknya . 
Gadis itu seorang yang berhati kental , dia tegas , dia lah SUPERWOMAN . tapi terkadang hatinya SELEMBUT SUTERA ditiup angin . pasti bergetar hati PENGKID melihatnya . pasti terpesona jiwa pengkid dengan keperibadiannya juga terdetik di hati mana-mana pengkid untuk memilikinya . itulah dia GADIS yang ingin terus meraih kasih sayang dari seseorang . 
GADIS itu melakarkan senyuman dihadapan skrin laptopnya apbila WALL POSTnya dibalas . tangannya tiba-tiba laju mendail nombor kesayangannya 012-68012** (tak perlu dihabiskan sebab gigit jari lah nanti dibuatnya kalaw ada yang gatal tangan cuba mendail) 
Gadis itu adalah AKU . Selamat Pagi :)

8.07.2011

SAMBUNGAN NO TITLE

setelah beberapa minggu hidup dibelenggu kesunyian , aku mula mencari erti kehidupan yang sebenar . dalam ahti aku berkecamuk . macam-macam perkara difikirkan . aku seakan-akan mahu berjumpa dengan dia dan mahu selesaikan semua perkara dengan segera . kepala aku rasa macam nak pecah jer . alangkah bagusnye kalau dia dapat rasa apa aku rasa sekarang . 
tiba-tiba aku dengar suara kawan aku panggil aku . aku pun menjenguk kepala aku ke luar tingkap . oh , si polan ni datang nak ajak pergi makan sebenarnya . hihi . aku mana nak keluar dari bilik pergi makan . harapkan member2 je . aku kirim aje lah makan dalam bilik . 
masa aku tengah asyik sangat online , aku terpandang status dia "i miss her , i cant live without her touch . now everydays different without her laugh , without her cry , i feel totally lost " 
aku gigit bibir aku . rasa nak menangis pun ada . aku masih rindukan dia . aku masih perlukan dia . *ohh bodoh kau ni sheera , dia dah buat kau sengsara ! ingat !*
"huihh ini tak bole jadi . aku kena call dia" 
aku capai phone dan aku dial nombor dia . 
"hello u . "
"hermmm ye . "
"whats up with your new post ? your days different without whom ? may i know ? " 
"no one . u dah blah dari life i , so apa u nak lagi ?"
"hey hey slow down . i tak tengking u cukup baik lah k , be nice to me lah ! "
" whats more !? we're over !" 
"yes i know we're over !! u pun ada DIA ! i takkan ganggu hidup u lagy ayin , i takkan muncul lagy dalam hidup u ! thats my promise . u can keep my word !" 
" okay " 
"but bfore that , maafkan saya . . if selama ni saya ada buad salah . saya akui saya bukan yang terbaik . saya bukan yang macam awak nak . maafkan saya . tapi awak lah perempuan yang saya paling sayang . yang saya takkan boleh lupakan dengan senang . tu aja . asalamualaikum " 
"waalaikumsalam" 
setitik demi setitik air mata aku jatuh . *ohh sedihh ! dia EGO !
aku membaringkan diri hingga aku terlelap . tiba-tiba phone aku berbunyi . *one message recieved* 
'ayin ??" aku pelik lah kenapa dia nak mesej aku lagi ?
" sheera , u perkara terindah dalam hidup i , maafkan i sbb bnyk menyakiti u . i banyak pukul u , buad u terluka dengan perangai i . i sedar i silap . smpai u dah pergi dari hidup i , i rasa kehilangan . i rasa terpukul dengan pemergian u . tapi i tahu you takkan kembali pada i . dan i pun tak sanggup tinggalkan DIA . maafkan i . i hormat keputusan u untuk tak ganggu hidup i lagi . as u said , u ada life u dan i ada life i . fullstop . apa-apa pun , thanks sebab sudi jaga i selama ni . 1year 4month sheera . now its over . BECAUSE OF ME ! im regret ! sorry and goodbye "

aku meraung sekuat hati masa tu . aku sakit sangat bila baca mesej tu . kenapa semua berakhir ? aku masih belum ada jawapan pasti ! yang pasti aku harus relakan dia pergi . nak atau tak nak , aku HARUS ! dan aku jugak harus kuat dan teruskan kehidupan . aku cuma ada kawan-kawan . dan aku perlu buat sesuatu supaya aku tak lagi kesunyian ! YA !