About Me

My photo
YOU DON'T HAVE TO HATE ME . WHENEVER YOU DID , DON'T YOU THINK YOU LOOK MUCH PRETTIER ! IN FACT , YOU LOOK TWO TIMES UGLIER :)

4.12.2011

::: NO TITLE :::

*Sambungan cerita semalam . .
oke sekarang ni tak hujan dan cerita pun haruslah makin hangat . .  *kan dah cakap jangan fikir jauh sangat . . *
aku selalu tersenyum dengan kata-kata dia yang mencuit hati itu. . aku cuba bayangkan keadaannya bila dia dah tiada di samping aku. . dia juga suka tanya aku beberapa soalan sekiranya dia nampak aku sudah mula mengelamun jauh. .  *almaklumlah, kata-kata dia memang membuai aku* itulah keistimewaan dia. . 
setiap persoalan aku jawab dengan seikhlas hati. . aku tak banyak berahsia dengan dia soal hati dan perasaan. .  aku lebih suka cakap direct daripada sorok-sorok. .  biarlah benda itu menyakitkan hati sekalipun , aku tetap akan bersuara. .  *itu perangai sebenar aku ye. .*
lepas dah puas berborak dan meluahkan isi hati , *benda ni seringkali terjadi* dia akan cakap "awak, bila saya dengar awak cakap, perut saya pun suka menyampuk. .  dia kata dia suruh awak buatkan meggi"
aku pun segera lah ke dapur buatkan makcik tu meggi.  . sampai dah faham. .  bila ditegur jangan makan meggi selalu , ni lah yang aku akan dengar "kalau saya tak dapat meggi , saya nak spagetti. . awak pilih mana satu awak nak sediakan ?" 
nak taknak akurkan sajalah kehendak dia *dah sayang*
lepas makan , dia akan minta satu perkara lagi. .  "boleh awak nyanyi untuk saya lagu if youre not the one ?"
bernyanyilah aku malam itu dengan versi akustik. .  dia akan baring dan letak kepalanya di ketiak aku *ketiak aku bau perfume kereta dia kata*
sambil aku nyanyi, sambil tu tangan dia mula menepuk-nepuk perut aku. . dia suruh aku tidur. *walaupun mata dia masa tu dah macam orang hisap ganja*
tengah aku syok-syok nyanyi tiba-tiba aku dengar satu dengkuran yang kuat. . krohhh krohhh krohh. .  bunyi tu ikot irama cengkerik pulak tu. HAHA!
bila dia dah berdengkur , pelahan-pelahan aku tarik selimut dan beradulah dua hamba Allah ini dalam keadaan yang sangat lega dan lapang dada. .  dalam jaga dan lena aku harapkan dia akn selalu ada dengan aku. .  selalu temani aku dalam sunyi macam ni. .  

tapi bila matahari muncul pagi itu , segalanya berubah . .  terlalu berubah. .  
to be continnued . . .  
 
      

No comments:

Post a Comment