KADANG - KADANG ...
kita harus biar perasaan itu hilang dibawa arus masa.. sebab kita tahu, bukan selamanya perasaan hiba tu memakan diri... lama-lama akan jadi seperti sedia kala...
KADANG - KADANG ...
kita tak boleh nak salahkan takdir jugak... sebab kita hanya manusia.. kita hanya merancang.. dan yang menentukan tu , tu haa yang kat atas tu...
KADANG - KADANG ...
rasa ralat sangat sebab biarkan dia pergi terus macam tu je.. tanpa bagi dia peluang untuk kembali semula macam dulu.. tapi apakan daya.. aku tak mampu..
KADANG - KADANG ...
ade jugak rasa bersalah menguasai diri sebab aku dah buat dia sangat terluka.. dia harapkan lebih dari segalanya daripada aku.. tapi aku musnahkan macam tu aje? kau kejam sheera...
KADANG - KADANG ...
aku rasa tak boleh tipu diri sendiri... bila hati aku tiba-tiba terdetik untuk bagi ruang pada insan lain.. ye, insan lain !! insan yang aku rasa dapat mengubah kehidupan aku... dengan penuh harapan.....
KADANG - KADANG ...
aku rasa aku hanya bertepuk sebelah tangan.. sebab aku masih faham kondisi dia dan juga dia ... akan timbul pelbagai konflik jika aku terus bermain dengan perasaan yang masih belum pasti ini..
KADANG - KADANG ...
aku terfikir kenapa dia masih mahukan aku ?? apa tak cukup ke dengan apa yang dia ada... seribu kali lebih baik dari aku.. tak bersyukurkah dia?? aku makin tidak faham dengan kehendak dia...
KADANG - KADANG ...
aku rasa kekok disamping dia.. jauh perbezaan perwatakan aku dan dia.. tapi kata dia itu bukan satu persoalan.. dia hanya ingin memiliki hati aku.. hati yang diharap tulus dan ikhlas mencintai dia.. hati yang akan selalu tertulis namanya di setiap ruang dan sudut.. aku buntu...
KADANG - KADANG ...
dia menyenangkan hati.. dia membuat aku gembira.. dia membuat aku teruja.. dia membuat aku rasa bagai nak gila.. tapi.....
KADANG - KADANG ...
dia buat aku ni macam tak wujud... dia buat aku macam patung yang bernyawa tapi hanya mampu duduk terdiam , terpaku tanpa sebarang tindak balas... aku rasa terlalu sedih hingga air mata tak disangka-sangka gugur kerana DIA...
KADANG - KADANG ...
dia datang semula menenangkan aku.. dia datang membasuh luka-luka yang disebabkan oleh dia...TAPI... itu hanya sementara.. oleh kerana selalu datangya orang ke-3.. aku lemah ! aku seakan tak berdaya.. aku ingin bebas semula dari semua ini...
KADANG - KADANG ...
aku duduk seorang memikirkan perjalanan cinta aku dan dia yang sebegini rupa.. yang aku tak pernah inginkan... yang aku tak pernah langsung impikan selama ini.. yang hanya aku inginkan adalah DIA dan juga hatinya terus menjadi MILIK AKU ! dan bukan dikawal oleh orang ke-3!
KINI ...
perjalanan ini masih aku jalani.. dengan sekental hati... dengan setakung air mata, dengan sepanjat doa, dengan setabah diri... aku sentiasa menunggu kepulangan dia kepangkuanku..
KINI ...
dia tetap dalam hati... dia sentiasa ada walaupun jasadnya jauh di sana.. cintanya sentisa menemani diriku disini.. aku sentiasa berharap semua ini akn berakhir.. tiada lagi orang ke-3 dalam hidup kami.. aku mahukan dia dan HANYA DIA :)
No comments:
Post a Comment