About Me

My photo
YOU DON'T HAVE TO HATE ME . WHENEVER YOU DID , DON'T YOU THINK YOU LOOK MUCH PRETTIER ! IN FACT , YOU LOOK TWO TIMES UGLIER :)

4.13.2011

::: NO TITLE III :::

*sambungan dari episod dua*
bila matahari dah mula memancar keesokan harinya , macam biasa aku akan bangun dulu arround pukul 7pagi. .  *tu pun sebab dah set alarm , kalau tidak memang takkan bangun lah*
aku kejutkan dia. . sebab dia nak pergi kerja. . masa nak kejutkan dia memang paling bermasalah. . dia susah sangat nak bangun pagi. .  selalunya , dia akan bangun kalau aku cakap "awak , awak , saya masakkan breakfast untuk awak , jum bangun makan" 
*padahal , taik gigi je*
dia pun mesti bangun dengan bibir tersenyum lebar. . *lepas tu nasib lah , dia tahu aku tipu. . kalau hari ada kelas aku mesti tak larat nak buat breakfast*
aku suruh dia siap-siap pergi kerja. .  yang sempat aku buat setiap pagi hanya milo. .  sebab itu favourite dia. .  lepas tu dia pun akan capai kunci kereta dan aku pun mengekor. .  sebab kami memang keluar sama. . cuma berlainan kereta . . 
sekarang ni yang aku nak cerita bukan pasal ini. .  aku nak cerita pasal ape yang terjadi antara aku dan dia bila hari siang . . 
benda yang paling dia suka buat setiap hari adalah mencari salah aku. . setiap hari akan cari salah aku. . *pening-pening*  
bila dia balik kerja , benda pertama dia akan buat ialah cek kereta dia kot-kot ada bau rokok. .  lepas tu cek segala-galanya. . *dia buat aku macam budak sekolah rendah yang tak tahu jaga diri dan aku dah lali dengan keadaan macam ini*
bila dia balik dia akan pastikan aku dah siapkan makan *kalau dia call awal-awal yang dia nak makan kat rumah lah*
kadang-kadang aku jadi sedih sebab dia banyak kuasai hidup aku. aku rasa diri aku umpama robot yang dia kawal. . ikut kehendak dia , apa yang aku buat semua salah di mata dia. .  mungkin sebab faktor umur yang membuatkan dia rasa dia boleh gula-gula kan aku kot. .  
aku pulak macam lembu dicucuk hidung. .  ikot sahaja telunjuk dia. .  sebab aku sayangkan dia. .  aku tak mahu dia pergi tinggalkan aku. .  aku redha kalau dah memang nasib hidup aku dah tersurat macam itu. .  *glabah je kau sheera*
mungkin sebab segala kemewahan yang dia bagi dekat aku tu membuatkan dia rasa yang dia boleh menguasai diri aku sepenuhnya. .  aku juga manusia yang punya perasaan. .  
kesenangan yang dia curahkan dekat aku tu bukan yang aku mahukan. .  aku cuma nak dia layan aku sebaik mungkin. .  
kadang-kadang aku rasa macam dia beli aku dengan duit. .  aku sedih. .  sebab aku sendiri ada duit. .  aku boleh hidup tanpa duit dia tapi aku cuma susah sikit lah nak hidup tanpa dia *tapi masa tu je lah. .  sekarang ni . . . . hahah malas nak stori dekat you all. .  sebab aku sendiri tak pernah berharap apa-apa lagi dari dia*
kawan-kawan aku selalu cakap yang aku ni bodoh sebab bagi muka dekat dia. .  mereka takkan faham. .  itulah kuasa "CINTA" . .  *bila aku cakap macam tu , dorang akan mengeluh*
"bab , aku nak kau berubah. .  cari hidup baru. .  kau sayang dia macam mana sekalipun kau kena ingat , kau bukan anak patung tau. .  sampai bila dia nak seksa kau ? sampai bila dia nak buat kau macam ni ? sampaikan kau nak lepak dengan kitorang dekat cafe pon dia tak bagi ?? kau duduk rumah sorang-sorang je pun. .  dia balik kerja lambat. . "
aku hanya boleh berdiam bila kawan-kawan aku cakap macam tu. .  apa boleh aku buat. .  aku cuma mahu jadi yang terbaik. . aku mahu jadi seseorang yang dia sayang. .  yang mendengar kata. .  aku cuma inginkan status isteri yang tahu menjaga rumahtangga. .  yang bertanggungjawab. .  cuma kadang-kadang dia tak pernah faham. .  
sepanjang dengan dia , aku paling banyak mengalah. .  aku banyak makan hati. .  aku tinggalkan kehidupan sosial. .  *merokok , minum , lepak , clubbing * 
semua benda yang negatif aku tinggalkan. .  aku berubah. .  apa lagi yang tak cukup aku sendiri tak faham. .  
ye aku lupa nak list kan satu perkara lagi , aku tinggalkan kawan-kawan pengkid aku. .  semua nombor telefon dia buang . . aku tak boleh bukak facebook , selain depan dia. . kadang-kadang aku akan online dekat kelas. .  itu pun aku kena offline chat supaya dia tak boleh traced aku. .  
begitu azabnya hidup aku. .  itupun aku bertahan sampai 1tahun 4bulan. .  *berapa hari aku pun tak hengat* 
 setiap malam sebelum tidur dia akan cek telefon aku. .  *inbox , sent items , incoming call , outcoming call , missed call* 
tengoklah betapa kuatnya cemburu dia kan?? dia cakap "aku tak suka ada penkid / perempuan lain yang sebuk nak amek tahu masalah kau / hal kau. .  kau aku punya , kalau dorang sebok sangat , suruh dorang datang amek kau dari tangan aku sendiri. .  tak payah contact kau belakang-belakang aku. .  kau ingat ye , aku tak suka bermakna kau tak boleh buat . . " 
suka cakap benda yang sama . .  benda yang dia cakap tu betul-betul menyakitkan hati aku. .  
bila dah jadi macam itu , apa lagi yang aku mampu lakukan selain menangis. .  dia pujuk ????? 
JANGAN HARAP !! dia tidur ada lah. .  sedih beb cerita aku ni. .  ni cerita sahaja. .  belum korang yang merasa duduk kat tempat aku. .  

dalam tidur aku harap hari esoknya akan bagi aku kekuatan dan harapan supaya dia berubah. .  aku sentiasa meminta supaya diberi lebih kekuatan. .  aku seorang yang tabah , ,  itu memang tak dapat disangkal. .  
apa penghujungnya carita ini ? nantikan . . . . 

 
    
 
     

No comments:

Post a Comment