3 bulan kemudian. . .
hari tu aku duduk termenung dalam bilik. . aku tunggu dia balik rumah. . aku bosan , aku rasa diri aku dah hilang akal. . aku mati akal. . aku perlukan teman , aku perlukan hiburan. . aku hanya boleh bersabar. . aku asyik pandang dekat jam. . counting the seconds. .terlalu banyak cerita yang aku dengar dari mulut kawan aku sejak kebelakangan ini tentang hubungan dia dengan perempuan yang amat aku kenal . . dan aku percaya ! lepas tu aku dengar bunyi kereta dia parking depan rumah. .
aku tak sambut dia balik pun. . biar lantak . . sebab aku rasa bila aku buat macam tu , dia tak ade respond pun. . so biar aja lah . .
dia masuk rumah , dia bukak tudung lepas tu campak aja dekat atas kerusi. . *dalam hati aku cakap ingat aku ni bibik rumah ni ke*
aku tak tahu kenapa hari tu aku rasa tak sedap hati sangat-sangat. . aku dapat rasa satu benda yang besar dia dah sorokkan dari aku. . i have to find out. .
aku : boleh saya nak tengok handphone awak ??
dia : nak buat apa ? saya penat ni. .
aku : sekarang ni saya bukan suruh awak buat apa-apa. . saya ada hak nak mintak handphone awak. . awak nak bagi ke tak ?
dia : malas. .
aku : okay fine ! aku memang tahu kau ada sorok something dari aku.
dia : eh kau jangan cari pasal boleh ? ape lagi ni ? ape lagi yg awak tak puas hati dengan saya?
aku : bagi saya tengok handphone awak. . tu je. . awak penat kan ? so awak ikot aja apa saya nak.. saya tak akan serabutkan kepala awak. .
dia serahkan telefon dan-dan tu juga . . mungkin sebab kebelakangan tu aku dah mula keras hati , keras kepala , keras otak. . mungkin dia dah perasan. . saat tu terngiang-ngiang dalam kepala aku kata-kata kawab aku . "bab , aku nak kau buat something . aku bg tahu kau benda ni , kau kena janji dengan aku yang kau kena buat dan sahihkan benda ni. . oke macam ni , tadi aku nampak dia dengan perempuan tu . . diorang keluar dari kereta. . but aku tak sure diorang dari mana. . oke , lagi satu aku nak kau cek dekat handfon dia . . ade satu folder XXX . . dalam tu aku rasa semua mesej perempuan tu . . aku nak kau cek , aku jumpa folder tu masa aku bluetooth lagu dekat dia semalam. ."
aku pun mula memunggah handphone dia. . at last aku jumpa folder tu. . dia ingat aku bodoh kot . . aku pernah ingat password untuk bukak folder tu. mungkin sebab dah lama aku tak sportcheck so dia ingat aku lupa. . aku dengan perasaan berdebar-debar , cuba buka folder itu. . terkandung 77 mesej dari perempuan yang amat aku kenali. . hati aku mula sakit , perut aku mula memulas-mulas. . jiwa aku bercelaru. . apa semua ini ?? aku baca satu per satu mesej didalamnya. . sebak , remuk , hancur berkecai hati aku bila aku baca semuanya. . saat itu aku menangis seorang diri. . aku rasa hati aku bagai nak pecah. . aku pegang dada aku sebab aku rasa bagai aku hilang nafas. .
mesej dorang memang menunjukkan yang mereka ni ada hubungan dibelakang aku, ,
tiba-tiba aku rasa aku hilang kawalan diri . . aku naik ke tingkat atas , pintu bilik air tu aku ketuk sampai nak roboh. . dia bukak pintu bilik air tu dengan muka POKERFACE dia tanya "awak ni apahal?"
aku tolak dia dekat dinding , sambil meraung aku tanya apa hubungan dia dengan perempuan tu. . dia jawab dengan selamba "aku mana ada apa-apa dengan dia. . kenapa kau ni sheera??"
aku terus tunjuk semua mesej itu pada dia. . tiba-tiba aku tengok air muka dia berubah . . saat tu aku rasa seperti mahu menumbuk muka dia sampai pecah !
"awak , ni ke balasan yang awak bagi kat saya ? ini ke ? setahun awak saya menderita dengan perangai awak, tapi awak nampak mcm mana kesabaran saya ? macam mana saya boleh accept awak balik dalam hidup saya? tapi ini ke saya dapat ? kenapa tak terus terang awak ? kalau awak nak dia , terus terang dengan saya. . bukan berdalih ! slama saya dengan awak , pernah saya curang ? ada ke saya kawan ? saya sanggup buang kawan-kawan semata sebab awak. awak tak suka saya berkawan. okay fine ! saya ikot cakap awak. . bila saya ada masalah , awak tahu ke dengan sapa saya luahkan ? haa, awak pergi tanya dinding , almari , katil bilik kita ni ! tanya!! kalau benda tu boleh jawab , aku pasti kau terduduk tahu!! aku rasa cukup sampai sini je hubungan aku dengan kau. . aku dah tak sanggup. dulu benda belum kantoi , aku bodoh percayakan kau bulat-bulat! now semua aku dah tahu , so biar aku sendiri yang pergi dari hidup kau. . . kau boleh berbahagia dengan perempuan tu. . aku tak sangka kawan aku sendiri boleh buat aku macam ni. .ko tahu tak , aku tengok kau sekarang ni kecik je tau !
aku tanpa berfikir panjang , aku terus mendail nombor perempuan tu gunakan nombor dia. . tuuut tuuut. .
"hello yunk dah sampai rumah ke ?"
"hotak kau yunk!! kau ka mana?? ko nak aku datang rumah kau atau kau nak datang rumah aku ?? ada banyak benda aku nak setel dengan kau "
" eh bab , kau kenapa ni ? apa salah aku ?"
"apa salah kau ? kau tanya aku ke ? haha, kalau aku g rumah kau karang aku takut kau tak selamat dunia akhirat. . baik kau datang menghadap aku dengan kekasih kau ni sekali sebelum aku betul2 naik angin."
tuuuut tuuuuut tuuuut *talian terputus*
kurang ajar punya perempuan *bisik hati aku*
aku fikir balik , biarlah . . biarlah dorang. . semoga tuhan saja yang membalas semua ni kat dorang. . aku penat. . dengan sayu hati , aku call kawan aku , aku minta dia ambil aku dekat rumah. . dia pun setuju aku keluar dari rumah tu. . dengan berat hati aku packing barang-barang aku depan mata dia. . dia hanya bisa memandang. . aku tahu apa yang dia fikir. .
aku melangkah menuruni anak tangga satu persatu. . air mata aku terus berjujuran hingga aku rasakan kaki aku lemah melangkah. . aku duduk di atas kerusi di ruang tamu. . tangisan aku makin menjadi. . aku lihat dia turun dari tingkat atas dan berdiri di depan pintu, , dia cuba menghalang aku keluar dari rumah itu. . aku menolak dia dengan sekuat hati. . dan aku terus keluar tanpa sebarang kata. . .
kala itu , aku rasa bebas. . dada aku rasa lapang setelah aku melangkah pergi dari rumah itu, , aku nekad yang aku akan terus pergi dari hidup dia. . aku mahukan kebebasan. . aku mahukan kehidupan sebagai seorang remaja yang aku hilang sejak setahun lalu. .
nantikan sambungannya esok . .