About Me

My photo
YOU DON'T HAVE TO HATE ME . WHENEVER YOU DID , DON'T YOU THINK YOU LOOK MUCH PRETTIER ! IN FACT , YOU LOOK TWO TIMES UGLIER :)

4.13.2011

::: UNTUK AWAK :::


minggu ni makin buat aku tak boleh tahan ,
hanya kau dalam ingatan ,
kau ada dalam setiap benda yang aku lakukan , 
terkadang aku sendiri tak faham , 
apa maksud rindu yang mendatang , 
tapi harus aku tahu dan harus ku faham , 
kau tak selalu ada bersama ,

aku menangis di suatu malam ,
baru aku tahu yang air mata ini bukan hanya untuk keluarga sayang , 
mungkin aku tak patut bagi tahu tapi ini memang berlaku, 

sayang , 
aku ingin kita bersama seperti pasangan lain , 
bercanda , bermadu setiap hari , 
kau ada aku , dan aku ada kau , 
hidup sentiasa ditemani tawa riang , 
*dah macam dongen aku rasakan* 

sayang , 
aku mahu kau tahu , 
yang aku mahu cuma dirimu ,
izinkan aku cuba menjadi yang terindah untukmu , 
semoga ruang untuk diriku sentiasa bersama kamu . . 

 

::: WHAT TITLE ? :::

untuk hari ni aku tak tahu kenapa aku terasa nak buat sampai dua entri. .  mungkin sebab perasaan aku memberontak kot. .  memberontak sebab apa ? im in love weyy ! haha
hari berganti hari , masa berganti masa , baju berganti baju , seluar berganti seluar , macam-macam yang terganti lah aku rasa , haa perasaan aku dah makin stabil. .  aku suka kat budak  ni. .  *macam biasa lah tak perlu aku nak publish nama kat sini*
aku suka dia. .  but now it turns to love. .
niat asal nya nak berkawan sahaja. .  dan dia juga berniat yang sama. .  tapi lama kelamaan benda ini jadi makin serius. .  dia mula luahkan perasaan dekat aku. . dan secara tak sengaja aku pun dah accident. . so tak boleh nak kata apa-apa lagi la. . 
beliau ni seorang yang agak cool . .tapi tegas dan tetap dalam keputusan. . dia layan aku dengan baik dan juga dia buat aku rasa aku special setelah sekian lama diri ini rasa tak diberi perhatian. 
aku suka kat dia. .  aku sayang kat dia. .  *bukan cinta biasa* 
walau macam mana bermasalah sekalipun hubungan aku dengan dia , kami akan pastikan masalah itu selesai dengan baik. . 
cerita panjang pun tak guna ni sheera. .  orang tak akan faham situasi kau dan dia. . hanya kau dan dia yang tahu <3
pengajaran dari cerita ini adalah : kita mesti cuba percaya pada pasangan kita walaupun kadang-kadang tu dia runtuhkan kepercayaan kita pada dia. .  pegang pada satu prinsip iaitu , walau apa pun yang korang buat , dengan siapa pun korang bersama , sebenarnya cuma ada seorang sahaja yang betul-betul ikhlas dan mahukan korang. .  cuma mungkin korang belum nampak. .  pada aku , aku dah nampak. .  aku cuma perlu jaga 'harta' itu  :) 
yang aku tahu dia milik aku dan aku juga milik dia . .  
dan special thanks juga dekat dia sebab beri ruang untuk aku isi kekosongan hati dia . *da macam isi borang mintak kerja* 
well , tak tahu nak cakap apa lagi . apa yang aku tahu aku memang dah jatuh cinta dengan budak ni sebab dia dah buat aku jatuh cinta la weyhh. .  tak payah twist-twist otak korang. , 
aku dah ada tanggungjawab , aku kena pikul. . aku akan pastikan dia sentiasa gembira disamping aku. .  Amin~  

::: NO TITLE III :::

*sambungan dari episod dua*
bila matahari dah mula memancar keesokan harinya , macam biasa aku akan bangun dulu arround pukul 7pagi. .  *tu pun sebab dah set alarm , kalau tidak memang takkan bangun lah*
aku kejutkan dia. . sebab dia nak pergi kerja. . masa nak kejutkan dia memang paling bermasalah. . dia susah sangat nak bangun pagi. .  selalunya , dia akan bangun kalau aku cakap "awak , awak , saya masakkan breakfast untuk awak , jum bangun makan" 
*padahal , taik gigi je*
dia pun mesti bangun dengan bibir tersenyum lebar. . *lepas tu nasib lah , dia tahu aku tipu. . kalau hari ada kelas aku mesti tak larat nak buat breakfast*
aku suruh dia siap-siap pergi kerja. .  yang sempat aku buat setiap pagi hanya milo. .  sebab itu favourite dia. .  lepas tu dia pun akan capai kunci kereta dan aku pun mengekor. .  sebab kami memang keluar sama. . cuma berlainan kereta . . 
sekarang ni yang aku nak cerita bukan pasal ini. .  aku nak cerita pasal ape yang terjadi antara aku dan dia bila hari siang . . 
benda yang paling dia suka buat setiap hari adalah mencari salah aku. . setiap hari akan cari salah aku. . *pening-pening*  
bila dia balik kerja , benda pertama dia akan buat ialah cek kereta dia kot-kot ada bau rokok. .  lepas tu cek segala-galanya. . *dia buat aku macam budak sekolah rendah yang tak tahu jaga diri dan aku dah lali dengan keadaan macam ini*
bila dia balik dia akan pastikan aku dah siapkan makan *kalau dia call awal-awal yang dia nak makan kat rumah lah*
kadang-kadang aku jadi sedih sebab dia banyak kuasai hidup aku. aku rasa diri aku umpama robot yang dia kawal. . ikut kehendak dia , apa yang aku buat semua salah di mata dia. .  mungkin sebab faktor umur yang membuatkan dia rasa dia boleh gula-gula kan aku kot. .  
aku pulak macam lembu dicucuk hidung. .  ikot sahaja telunjuk dia. .  sebab aku sayangkan dia. .  aku tak mahu dia pergi tinggalkan aku. .  aku redha kalau dah memang nasib hidup aku dah tersurat macam itu. .  *glabah je kau sheera*
mungkin sebab segala kemewahan yang dia bagi dekat aku tu membuatkan dia rasa yang dia boleh menguasai diri aku sepenuhnya. .  aku juga manusia yang punya perasaan. .  
kesenangan yang dia curahkan dekat aku tu bukan yang aku mahukan. .  aku cuma nak dia layan aku sebaik mungkin. .  
kadang-kadang aku rasa macam dia beli aku dengan duit. .  aku sedih. .  sebab aku sendiri ada duit. .  aku boleh hidup tanpa duit dia tapi aku cuma susah sikit lah nak hidup tanpa dia *tapi masa tu je lah. .  sekarang ni . . . . hahah malas nak stori dekat you all. .  sebab aku sendiri tak pernah berharap apa-apa lagi dari dia*
kawan-kawan aku selalu cakap yang aku ni bodoh sebab bagi muka dekat dia. .  mereka takkan faham. .  itulah kuasa "CINTA" . .  *bila aku cakap macam tu , dorang akan mengeluh*
"bab , aku nak kau berubah. .  cari hidup baru. .  kau sayang dia macam mana sekalipun kau kena ingat , kau bukan anak patung tau. .  sampai bila dia nak seksa kau ? sampai bila dia nak buat kau macam ni ? sampaikan kau nak lepak dengan kitorang dekat cafe pon dia tak bagi ?? kau duduk rumah sorang-sorang je pun. .  dia balik kerja lambat. . "
aku hanya boleh berdiam bila kawan-kawan aku cakap macam tu. .  apa boleh aku buat. .  aku cuma mahu jadi yang terbaik. . aku mahu jadi seseorang yang dia sayang. .  yang mendengar kata. .  aku cuma inginkan status isteri yang tahu menjaga rumahtangga. .  yang bertanggungjawab. .  cuma kadang-kadang dia tak pernah faham. .  
sepanjang dengan dia , aku paling banyak mengalah. .  aku banyak makan hati. .  aku tinggalkan kehidupan sosial. .  *merokok , minum , lepak , clubbing * 
semua benda yang negatif aku tinggalkan. .  aku berubah. .  apa lagi yang tak cukup aku sendiri tak faham. .  
ye aku lupa nak list kan satu perkara lagi , aku tinggalkan kawan-kawan pengkid aku. .  semua nombor telefon dia buang . . aku tak boleh bukak facebook , selain depan dia. . kadang-kadang aku akan online dekat kelas. .  itu pun aku kena offline chat supaya dia tak boleh traced aku. .  
begitu azabnya hidup aku. .  itupun aku bertahan sampai 1tahun 4bulan. .  *berapa hari aku pun tak hengat* 
 setiap malam sebelum tidur dia akan cek telefon aku. .  *inbox , sent items , incoming call , outcoming call , missed call* 
tengoklah betapa kuatnya cemburu dia kan?? dia cakap "aku tak suka ada penkid / perempuan lain yang sebuk nak amek tahu masalah kau / hal kau. .  kau aku punya , kalau dorang sebok sangat , suruh dorang datang amek kau dari tangan aku sendiri. .  tak payah contact kau belakang-belakang aku. .  kau ingat ye , aku tak suka bermakna kau tak boleh buat . . " 
suka cakap benda yang sama . .  benda yang dia cakap tu betul-betul menyakitkan hati aku. .  
bila dah jadi macam itu , apa lagi yang aku mampu lakukan selain menangis. .  dia pujuk ????? 
JANGAN HARAP !! dia tidur ada lah. .  sedih beb cerita aku ni. .  ni cerita sahaja. .  belum korang yang merasa duduk kat tempat aku. .  

dalam tidur aku harap hari esoknya akan bagi aku kekuatan dan harapan supaya dia berubah. .  aku sentiasa meminta supaya diberi lebih kekuatan. .  aku seorang yang tabah , ,  itu memang tak dapat disangkal. .  
apa penghujungnya carita ini ? nantikan . . . . 

 
    
 
     

4.12.2011

::: NO TITLE :::

*Sambungan cerita semalam . .
oke sekarang ni tak hujan dan cerita pun haruslah makin hangat . .  *kan dah cakap jangan fikir jauh sangat . . *
aku selalu tersenyum dengan kata-kata dia yang mencuit hati itu. . aku cuba bayangkan keadaannya bila dia dah tiada di samping aku. . dia juga suka tanya aku beberapa soalan sekiranya dia nampak aku sudah mula mengelamun jauh. .  *almaklumlah, kata-kata dia memang membuai aku* itulah keistimewaan dia. . 
setiap persoalan aku jawab dengan seikhlas hati. . aku tak banyak berahsia dengan dia soal hati dan perasaan. .  aku lebih suka cakap direct daripada sorok-sorok. .  biarlah benda itu menyakitkan hati sekalipun , aku tetap akan bersuara. .  *itu perangai sebenar aku ye. .*
lepas dah puas berborak dan meluahkan isi hati , *benda ni seringkali terjadi* dia akan cakap "awak, bila saya dengar awak cakap, perut saya pun suka menyampuk. .  dia kata dia suruh awak buatkan meggi"
aku pun segera lah ke dapur buatkan makcik tu meggi.  . sampai dah faham. .  bila ditegur jangan makan meggi selalu , ni lah yang aku akan dengar "kalau saya tak dapat meggi , saya nak spagetti. . awak pilih mana satu awak nak sediakan ?" 
nak taknak akurkan sajalah kehendak dia *dah sayang*
lepas makan , dia akan minta satu perkara lagi. .  "boleh awak nyanyi untuk saya lagu if youre not the one ?"
bernyanyilah aku malam itu dengan versi akustik. .  dia akan baring dan letak kepalanya di ketiak aku *ketiak aku bau perfume kereta dia kata*
sambil aku nyanyi, sambil tu tangan dia mula menepuk-nepuk perut aku. . dia suruh aku tidur. *walaupun mata dia masa tu dah macam orang hisap ganja*
tengah aku syok-syok nyanyi tiba-tiba aku dengar satu dengkuran yang kuat. . krohhh krohhh krohh. .  bunyi tu ikot irama cengkerik pulak tu. HAHA!
bila dia dah berdengkur , pelahan-pelahan aku tarik selimut dan beradulah dua hamba Allah ini dalam keadaan yang sangat lega dan lapang dada. .  dalam jaga dan lena aku harapkan dia akn selalu ada dengan aku. .  selalu temani aku dalam sunyi macam ni. .  

tapi bila matahari muncul pagi itu , segalanya berubah . .  terlalu berubah. .  
to be continnued . . .  
 
      

4.11.2011

::: NO TITLE :::

HUJAN lebat malam ni. .  dikala hujan ni lah macam-macam teringat. . masa ni lah otak ni ligat rewind benda yang lepas-lepas. . kadang-kadang tu rewind sampai lah 2-3 tahun sebelum ni. . saja cari nahas lah tu. . hurm, terimbau balik kenangan aku dengan DIA. .  siapa?? tak perlu lah nak dipublish kat sini. . *biarlah rahsia. . .*
waktu hujan macam ni lah waktu aku dengan dia duduk sama-sama. .  dalam keadaan bilik yang hanya ditemani cahaya bnulan.  . *aippp jangan nak fikir jauh sangat* kami berdua suka keadaan macam tu. .  saat tu lah aku dan dia akan luahkan perasaan masing-masing. . segala masalah kami kongsi. . sumpah aku cakap , tak ada tekanan langsung waktu tu. .  
bercakap dengan nada suara yang perlahan , lembut dan juga menghormati satu sama lain. .  aku rindukan saat-saat tu. . *air mata dah jatuh setitik* 
pada waktu tu lah aku akan rasakan kehangatan sentuhan tangannya. . we are holding our hands to make us feel comfort.. see, how romantic? 
sepanjang perbualan ade diselitkan kata-kata manja yang mencuit hati. . kadang-kadang gelak tawa aku dan dia memecahkan kesunyian malam. .  *i dont think i am strong enough now* 
waktu aku bercakap, dia akn pandang wajah aku. . takkan terlepas walau sesaat. . ditatap setiap perkataan yang keluar dari mulut aku. . *aku rsa amat dihargai* 
waktu itu , dia sudah mula membetulkan posisi duduknya. .  aku faham apa yang dia cuba lakukan dan apa yang dia inginkan. .  ya, dia ingin aku berada dalam pelukannya. .  aku rela. .
masa dalam pelukan dia, dia akan mula berkata-kata . . 
ayat yang masih aku ingat sampai sekarang. . 
"awak , if lets say one day saya hilang dari hidup awak , saya nak awak tahu satu perkara. .  saya nak awak cari saya dan bawak saya balik ke pangkuan awak
indahnya kata-kata tu. .  tapi sayang, tu cuma perkataan yang tidak ada makna. . sudah lah, perkara lepas. .  
 nak tahu apa yang aku dan dia lakukan seterusnya ?? 

to be continued . . .  
  
    

4.10.2011

NO TITLE .

hidup aku sebagai  'MISS L' mendapat title 'L' bukan aku yang minta . .
kekadang aku rasa terhibur bila tengok perempuan . .  
tak kisah la kat mana - mana sekalipun. . walaupun dalam kereta. . 
citarasa aku teramat dalam terhadap WANITA. . satu rasa yang dikurniakan. .  memang ianya salah . . tapi aku anggap itu satu dugaan dari yang Maha Esa, ,  mungkin dia nak uji sejauh mana keimanan aku terhadap dia. .  
cerita panjang-panjang pun tak guna. .  pemikiran orang yang kolot akan sentiasa mengatakan bahawa golongan macam aku ni JIJIK , HINA , KOTOR ! mungkin apa yang mereka katakan itu ada benarnya.. tapi ingatlah, perasaan kami ini Dia yang kurniakan. . ade hikmah disebalik kejadian ini...

AKU , setiap kali aku nampak awek, automatik akan sebut woowww!  
bila nampak pengkid, aku malu-malu. .  tu aku tak faham. .  aku tak malu pulak bila usha & ngorat awek . .  *pelik - pelik !* 
mungkin aku berperasaan lebih kepada wanita. . . 
macam2 perempuan yang aku kenal. . 
bekas lelaki lah , perempuan liar , kaki minum , kaki segala kaki . .  tapi aku tak pernah memilih. .  *cuma tahu menjaga diri dan maruah* dah cukup bagus . . 
tapi kalau untuk dijadikan bini, aku nak yang SIMPLE - SIMPLE . . innocent gitu. .  senang nak jaga . .  
EHHH SHEERAA!!!!!!!!!!!!!!
dahdah lah berangan. .  kau bukan lagi boleh cari perempuan. .  tak boleh dah mata keranjang ! 
ingat sikit . .  
kau tu dah dengan pengkid.  
:P