About Me

My photo
YOU DON'T HAVE TO HATE ME . WHENEVER YOU DID , DON'T YOU THINK YOU LOOK MUCH PRETTIER ! IN FACT , YOU LOOK TWO TIMES UGLIER :)

8.10.2011

NO TITLE (♥♥,)

aku duduk termenung di dalam bilik . saat tu hati aku gundah sangat sebab aku dah mula rindukan dia . siapa ? dia lah . berkecamuk sangat hati ni . rindukan pelukan dia . kata-kata manis dia . tiba-tiba ingatan aku terpalit pada MR.N . aku kenal dengan MR.N melalui Firr . ingatan aku kembali ke beberapa bulan lepas , kali pertama aku bersua dengan MR.N. 

Firr datang ke rumah aku untuk menghantar laptop aku yang aku suruh dia formatkan . dia datang bersama seorang pengkid . pengkid tu lah MR.N . aku menyambut kedatangan dorang dan mengajak dorang masuk ke rumah . alang-alang dah nak lunch time aku masak terus untuk makan bersama . MR.N ke dapur untuk menolong aku . 
"boleh tolong ? sian u penat-penat je masak . lagipun kitorang takde niat pun nak susahkan u"
"alah , tade hal lah u . bnde kecik je pun . kalau i tak masak i nak makan apa pulak ? malas nak keluar beli makan . lagipun takde kelas hari ni " 
"ohh , oke . ada ape-apa nak i tolong ? potong bawang ke?" 
"hahha , pengkid reti masak ke ? setahu i semua hampeh !" *aku gelak berdekah-dekah*
"amboi mulut ! nampak cili tu ? i cilikan mulut u tahu lah" 
"dah lah pergi main jauh-jauh . dapur tempat orang perempuan . u tu kan JADIAN !" 
Naz mencebikkan bibir dan melangkah ke ruang tamu . kedengaran suara firr tergelak kuat kerana menonton Sinchan . aku cepat-cepat menyediakan makan dan mengajak mereka berdua makan . 

"oke lah bab , aku chow dulu lah oke . apa-apa hal pasal lappy kau tu nanti kau roger aku" kata firr .
"beress boss . weyh , rokok sebatang ! heheh"
"muka aku ni muka kotak rokok ke ha? cibaii betol . beli lahh . takut sangat dengan laki kau tu . bukan dia bunuh kau pun kalau dia tahu kau isap rokok" 
"kalau taknak bagi pun jangan lah hina aku macam tu" *aku sentapp* 
"olohh olohh comel adik abang ! hehe , nah nah 3batang abang bagi" 
aku punya lah seronok . sebab dapat lah aku lepas sangap . berapa hari dah tak berasap. 
Naz hanya diam dan tersenyum melihat aku . 
*hensem jugak dia ni* bisik hati aku . 
naz datang ke arah ku dan menghulurkan tangannya . 
"oke sheera , i balik dulu . ade masa jumpa lagi" 
"okey okey , nanti datanglah rumah . if datang jumpa firr , ajak dia lepak dengan i oke?"
"oke bye"
mereka berdua melangkah ke kereta dan beredar . aku masuk ke dalam rumah . 
"bila lah lagi dapat jumpa Naz ek ? hahahahhaaha" *sheera mula gatal* 
aku fikir balik , mati aku kalau si polan tu tahu . aku berjalan menuju ke belakang rumah dan membakar rokok . fuhhh fuhh asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulut aku . 
*ohhh sedapnyaaa !* 

1 minggu kemudian . .
firr datang ke rumah aku . dia ajak aku lepak pergi minum , aku akur dan mengikut dia . sampai di warung Scorpion , firr berborak dengan aku sambil kami minum petang . 
"weyh , ingat Naz kirim salam kat kau" kata firr 
"oh yeke ? mana dia sekarang ? tak datang sini ke?"
"ermm entah lah dia busy kerja lah bab"
"ohh , apesal tetiba kau on topic pasal dia ni?"
"takde dia ada text aku dia mintak nombor kau . tapi aku tak bagi sebab aku faham masalah kau"  kata firr 
"tahu tak apa bro . hishh taknak aku create masalah bro ! sakit !"
"tu lah , tapi dia tak kisah pun . dia cakap nak kenal-kenal je pun , lagipun aku dah cerita pasal hubungan kau yang macam haram ni kat dia . dia simpati kat kau "
"hahhaha ! perlu ke ? semua nak simpati kat aku . aku rilek je . sebab aku sayang dia firr , aku sanggup buat apa pun . kau tahu aku macam mana kan firr" jelas aku pada firr. 
aku malas nak menyambung perbualan tu dengan firr sebab aku malas nak dengar bebelan firr kemudian . tak ada siapa yang faham aku . kenapa aku sanggup jadi macam ni no one ever understand ! tu sahaja . aku malas , aku letih ! 
"dah lah firr , jum hantar aku balik . aku letih lah . karang polan tu balik . menjawab pulak aku keluar merayap petang-petang ni "
firr akur dan mencapai kunci motornya . dia bawak aku balik ke rumah . 
*kecoh firr ni* 


No comments:

Post a Comment