About Me

My photo
YOU DON'T HAVE TO HATE ME . WHENEVER YOU DID , DON'T YOU THINK YOU LOOK MUCH PRETTIER ! IN FACT , YOU LOOK TWO TIMES UGLIER :)

1.28.2011

d e f i n i s i m e r a j o k :)


Dalam sesuatu perhubungan, tidak semestinya pasangan itu sentiasa gembira dan bahagia. Kadang-kadang pergaduhan itu perlu untuk mematangkan sesuatu perhubungan tapi tak perlulah sampai berparang atau ber machine gun kan. .

Paling kurang pun dengan cara merajuk. Merajuk yang dikatakan disini tidak semestinya menjurus kepada kaum perempuan aje. .


 Kategori merajuk ini ada dua iaitu merajuk yang mengada-ngada dan merajuk yang terguris hatinya. Merajuk yang mengada-ngada ni senang saja nak pujuk, bagi flying kiss pun dah memadai. Tak pun, ayat-ayat lah sedikit gerenti cair punya.

Merajuk yang terguris hati ini merajuk yang lama sikit, sampai kan kita tak tahu pun si dia ni merajuk sebab si dia ni diam-diam. Untuk mengesan tanda-tanda si dia merajuk adalah seperti:

1. Dia tiba-tiba menjadi pendiam.
Tanya sepatah, jawab setengah patah kadang-kadang tak jawab langsung. Biasanya untuk kaum lelaki.

2. Lambat reply message.
Kalau dulu belum sempat reply, si dia dah send message berulang kali.. Kalau tiba-tiba terpaksa tunggu satu jam baru nak reply padahal waktu tersebut cuti dan tak ada buat apa-apa better pergi tanya dia apa yang berlaku. Mana tahu anda tersalah cakap. Jangan tanya melenting, ia akan memburukkan lagi keadaan.

3. Tak nak pergi dating.
Si dia tiba-tiba menolak perlawaan untuk pergi dating dengan anda dengan memberi alasan yang tak munasabah.

4. Muka banyak ketat.
Bila berjumpa, si dia tiba-tiba bermuram durja.. Elok-elok lah bertanya ya..

5. Call langsung tak jawab.
Kalau dulu, anda call gerenti akan dijawab walaupun si dia sedang berkerja atau sibuk. Dan bila secara tiba-tiba dia tidak menjawab panggilan anda walaupun setelah di misscall lebih daripada 80 kali kemungkinan besar dia memang merajuk. Ini agak sinonim dengan kaum perempuan.

6. Buat-buat bodoh.
Apa yang dimaksudkan disini bukan lah si dia tiba-tiba menjadi bodoh tetapi si dia tidak mahu mengambil peduli tentang diri anda dan tidak bertanya sepatah pun tentang aktiviti harian anda, masalah anda. Tapi janganlah mentang-mentang dia tak tanya, anda pun tak mahu mengalah. Kawal-kawal lah ego tu.

Ingat, nak happy, merajuk, marah, bergaduh, sedih.. Semua itu boleh tapi jangan lah melampau-lampau. Kesederhanaan itu penting.

No comments:

Post a Comment